Orientasi Sikap Keusahawanan di Kalangan Pelajar Politeknik di Malaysia

Objektif kajian ialah untuk mengetahui orientasi sikap keusahawanan di kalangan pelajar politeknik di Malaysia serta mengenal pasti hubungan faktor demografi, latar belakang pendidikan, pengalaman responden, pendidikan ibubapa dan pekerjaan dengan orientasi sikap keusahawanan. Dalam konteks ini, ma...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Baharu, Kemat
格式: Thesis
语言:English
English
出版: 1994
主题:
在线阅读:http://etd.uum.edu.my/613/
http://etd.uum.edu.my/613/1/Baharu_Kemat.pdf
http://etd.uum.edu.my/613/2/Baharu_Kemat_94.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Objektif kajian ialah untuk mengetahui orientasi sikap keusahawanan di kalangan pelajar politeknik di Malaysia serta mengenal pasti hubungan faktor demografi, latar belakang pendidikan, pengalaman responden, pendidikan ibubapa dan pekerjaan dengan orientasi sikap keusahawanan. Dalam konteks ini, masyarakat telah memberikan harapan yang tinggi kepada politeknik sebagai satu dari institusi pengajian yang utama untuk mengembangkan keusahawanan di kalangan pelajar. Isu mengenai sikap pelajar politeknik terhadap bidang keusahawanan telah mendapat perhatian di kalangan pendidik dan kerajaan. Untuk memahami dengan lebih jelas mengenai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi orientasi sikap keusahawanan maka satu model pembentukan orientasi sikap keusahawanan telah dicadangkan. Dalam kajian ini instrumen ujian orientasi sikap keusahawanan dan soalselidik mengenai demografi responden telah digunakan. Kajian ini dibuat ke atas pelajar tahun akhir di enam buah politeknik di Malaysia. Walaupun pelajar dari keturunan Cina telah dikatakan mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi kerana latar belakang keluarga, kajian ini tidak mendapati bahawa pelajar-pelajar dari keturunan Cina mempunyai orientasi sikap keusahawanan yang tinggi. Penemuan kajian ini telah memperlihatkan bahawa pelajar wanita, pelajar berasal dari kampung, anak petani dan pengalaman mengendalikan akaun adalah kumpulan pelajar yang mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi. Mengenai hubungan di antara gred mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan orientasi sikap keusahawanan pelajar, kajian ini mendapati bahawa gred mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik Tambahan mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap keusahawanan yang tinggi.