Lima puluh satu tahun dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia : suatu analisis / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar

Kelangsungan dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia selama 51 tahun disebabkan oleh perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan. Asas perkauman di Malaysia selari dengan politik perkauman Barisan Nasional yang diselaraskan oleh permuafakatan yang menyeluruh....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed@Bakar, Badrul Azmier
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/2965/
http://ir.uitm.edu.my/2965/1/K_BADRUL%20AZMIER%20MOHAMED%40BAKAR%20SP%2008.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelangsungan dominasi Barisan Nasional dalam politik Malaysia selama 51 tahun disebabkan oleh perkauman, permuafakatan, pecah dan perintah, pengawalan dan pembangunan. Asas perkauman di Malaysia selari dengan politik perkauman Barisan Nasional yang diselaraskan oleh permuafakatan yang menyeluruh. la membolehkan Barisan Nasional mendapat sokongan dari semua kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, la adalah kelebihan utama Barisan Nasional yang tiadapada parti-parti pesaing yang menurut sejarah tidak mampu bermuafakat dalam tempoh panjang dan kerjasama agak terhad kepada parti-parti Semenanjung sahaja. Bagi menjamin kelangsungan politik perkauman, elit Barisan Nasional menggunakan pemerintahan pecah dan perintah. Nasionalisme kaum terus dipupuk di sebalik kewujudan nasionalisme kebangsaan. Seterusnya pengawalan demokrasi menerusiperundanganjenterapemerintah dan media arus perdana menghalang demokrasi dari membudaya dalam masyarakat. la juga mewujudkan persaingan yang tidak sempurna dalam politik kepartian. Walaupun begitu, pembangunan ekonomi pesat oleh Barisan Nasional menjustifikasikan langkah-langkah pengawalan terhadap demokrasi. la diterima sebahagian besar rakyat seperti yang ditunjukkan dengan kemenangan Barisan Nasional di semua pilihan raya umum. Namun kegagalan memperoleh majoriti dua per tiga pada pilihan raya umum ke-12 menimbulkan persoalan terhadap dominasi Barisan Nasional. Hasil analisis, globalisasi didapati menghakis kemampuan Barisan Nasional dalam pengawalan dan pembangunan. la memberi kesimpulan Barisan Nasional kurang berdaya dalam suasana yang lebih kompetitif hasil kemunculan persaingan yang lebih sempurna.