Akad murabahah di Bank Rakyat Indonesia (BRI) Syariah Cirebon Indonesia : analisis terhadap Produk Kredit Pemilikan rumah (PKR) / Zindy Ilman Nafi

Kajian ini bertajuk tentang “Akad Murabahah di Bank Rakyat Indonesia (BRI) Syariah Cirebon Indonesia: Analisis Terhadap Produk Kredit Pemilikan Rumah (KPR)”. Dalam kajian ini, pengkaji membahas tentang pandangan ulama-ulama Fiqh dan para ahli ekonomi Islam tentang akad murabahah ditinjau dari teori...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nafi, Zidny Ilman
格式: Thesis
出版: 2013
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/5087/
http://studentsrepo.um.edu.my/5087/1/ZIDNY_ILMAN_NAFI_IGA100066.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertajuk tentang “Akad Murabahah di Bank Rakyat Indonesia (BRI) Syariah Cirebon Indonesia: Analisis Terhadap Produk Kredit Pemilikan Rumah (KPR)”. Dalam kajian ini, pengkaji membahas tentang pandangan ulama-ulama Fiqh dan para ahli ekonomi Islam tentang akad murabahah ditinjau dari teori dan amalannya. Kemudian pengkaji pula membahas tentang bagaimana aplikasi dan penentuan margin keuntungan pada akad murabahah dalam produk kredit pemilikan rumah di Bank BRI Syariah Cirebon. Dan membahas pula tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh Bank BRI Syariah Cirebon dalam akad murabahah pada produk kredit pemilikan rumah dan bagaimana penyelesaiannya. Selanjutnya, dalam penelitian ini pengkaji menggunakan penyelidikan perpustakan dan penyelidikan lapangan untuk melengkapi data pada pembahasan selanjutnya. Kajian lapangan itu, pengkaji memfokuskan kepada Bank BRI Syariah Cirebon dengan menggunakan metode dokumentasi, metode temu bual, sedangkan untuk metode analisis data, pengkaji penggunakan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Pengkaji melakukan penyelidikan di bank BRI Syariah Cirebon, yakni: kajian yang telah didapati di Bank BRI Syariah Cirebon adalah mengenai latar belakang dan Sejarah berdiri sampai produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank BRI Syariah Cirebon. Kajian selanjutnya fokus mengenai bentuk akad murabahah pada KPR di Bank BRI Syariah Cirebon, berawal dari prosedur permohonan pelaksanaan murabahah sampai mengenai margin keuntungan pada akad murabahah terhadap KPR. Setelah itu, pengkaji menganalisa bagaimana Aplikasi Murabahah itu dan bagaimana metode pembahagian margin keuntungan antara pihak bank dan pelanggan itu. Dan pengkaji menganalisa apa sahaja risiko-risiko yang dihadapi oleh Bank BRI Syariah Cirebon dalam akad murabahah pada produk kredit pemilikan rumah ini dan bagaimana penyelesaiannya. Setelah pengkaji menganalisa lebih mendalam ternyata didapati bahawa Bank BRI Syariah Cirebon dalam amalannya tentang akad murabahah terhadap KPR telah selari dengan apa yang di asaskan oleh syariah.