Politik Islam di Sabah : analisis perkembangan Parti Islam SeMalaysia di Daerah Tawau / Bakri bin Amboala

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan politik Islam di Sabah secara menyeluruh dan khususnya PAS sebagai parti politik Islam di Daerah Tawau melalui kajian kes PAS Kawasan Tawau. Kajian ini berdasarkan realiti, fakta sejarah yang ada, melalui pengalaman di dalam pilihanraya yang t...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Amboala, Bakri
格式: Thesis
出版: 2013
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/5380/
http://studentsrepo.um.edu.my/5380/1/POLITIK_ISLAM_DI_SABAH_%2D_AWALAN.docx_25_Mac_2013.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5380/2/POLITIK_ISLAM_DI_SABAH_%2D_ISI_BAB.doc_MAC_2013.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan politik Islam di Sabah secara menyeluruh dan khususnya PAS sebagai parti politik Islam di Daerah Tawau melalui kajian kes PAS Kawasan Tawau. Kajian ini berdasarkan realiti, fakta sejarah yang ada, melalui pengalaman di dalam pilihanraya yang telah ditempuhi, peningkatan pengaruh di kalangan masyarakat setempat dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Kajian ini termasuk ke dalam kategori penyelidikan kualitatif sebagai penyelidikan asas. Oleh kerana itu, metod kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian perpustakaan dijalankan untuk memperolehi data-data sekunder mengenai PAS dan kajian lapangan pula dijalankan bagi memperolehi data primer berhubung PAS di Daerah Tawau. Kajian lapangan melibatkan temu bual dengan beberapa pimpinan PAS di Daerah Tawau antaranya YDP PAS Kawasan Tawau dan Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Ketua Pemuda dan mantan calon PAS di Tawau. Data sekunder dan primer yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan metod induktif, deduktif dan komparatif berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan ilmu Politik Islam untuk dimanfaatkan khususnya oleh gerakan Islam atau parti politik Islam dan umat Islam amnya. Ia dapat memberikan gambaran secara jelas mengenai politik Islam, politik Sabah, demografi Tawau serta cabaran kepada perkembangan politik Islam di Sabah secara umum. Kepentingan yang lain ialah kajian ini dapat memberikan kefahaman yang mendalam mengenai PAS di Tawau dan di Sabah umumnya.