Stereotaip gender dalam novel terpilih Ramani Chandran / P. Pama A/P Periasamy

Fokus kajian ini adalah pada stereotaip gender dalam novel Tamil. Stereotaip merupakan satu fenomena yang wujud dalam semua masyarakat. Kita boleh menganggap bahawa golongan yang lebih lemah dalam sesebuah masyarakat selalunya distereotaipkan. Golongan ini boleh terdiri daripada lelaki atau wanit...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: P. Pama, Periasamy
格式: Thesis
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/5493/
http://studentsrepo.um.edu.my/5493/1/My_Thesis.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Fokus kajian ini adalah pada stereotaip gender dalam novel Tamil. Stereotaip merupakan satu fenomena yang wujud dalam semua masyarakat. Kita boleh menganggap bahawa golongan yang lebih lemah dalam sesebuah masyarakat selalunya distereotaipkan. Golongan ini boleh terdiri daripada lelaki atau wanita. Novel, yang dikatakan sebagai cermin masyarakat digunakan untuk mengkaji stereotaip lelaki dan wanita. Bagi tujuan ini, 8 buah novel yang telah dihasilkan oleh penulis prolifik Ramani Chandran yang mewakili 4 dekad, iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 2010 digunakan sebagai data kajian ini. Data kajian telah dianalisis dan dirumuskan bagi manjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sememangnya wujud perubahan unsur-unsur stereotaip lelaki dan wanita dalam penulisan Ramani Chandran. Dalam novel-novel yang dihasilkan pada awal tahun 70-an didapati novelis sangat terpengaruh dengan stereotaip wanita yang sedia wujud dalam masyarakat India. Tetapi persepsi stereotaip novelis terhadap lelaki dan wanita India didapati berubah mengikut peredaran masa. Keadaan ini menggambarkan bahawa stereotaip yang ditentukan oleh sesebuah masyarakat juga berubah mengikut peredaran masa. Ini jelas dilihat dalam novel-novel yang dihasilkan oleh Ramani Chandran, dalam tempoh masa 40 tahun. Ini membuktikan bahawa pelanggaran stereotaip lelaki dan wanita India sudah pasti berlaku dalam sesebuah masyarakat dan pelanggaran-pelanggaran ini terlihat dalam karya-karya sastera, khususnya novel.