Padanan kata kerja Bahasa Jerman: Satu analisis ketepatannya ke atas makna ayat / Siti Saleha Sanusi

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat ketepatan penggunaan kata kerja bahasa Jerman dalam pembentukan ayat. Dalam kajian ini, empat kategori kata kerja telah dipilih untuk dianalisis iaitu Kata Kerja Nalar, Kata Kerja Tidak Nalar, Kata Kerja Terpisah dan Kata Kerja Tidak Terpisah. Kes...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sanusi, Siti Saleha
格式: Thesis
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/6491/
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/1/BAB_1%2D5.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/2/BIBLIOGRAFI.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/3/ISI_KANDUNGAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/4/LAMPIRAN.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/5/TITLE_PAGE.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6491/6/TULANG_BELAKANG_%26_COVER_DEPAN.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat ketepatan penggunaan kata kerja bahasa Jerman dalam pembentukan ayat. Dalam kajian ini, empat kategori kata kerja telah dipilih untuk dianalisis iaitu Kata Kerja Nalar, Kata Kerja Tidak Nalar, Kata Kerja Terpisah dan Kata Kerja Tidak Terpisah. Kesemua kata kerja yang dipilih merupakan kata yang diberi penekanan khusus dalam pembelajaran bahasa Jerman. Tumpuan kajian ialah untuk melihat ciri-ciri kesinoniman antara kata kerja yang digunakan responden dengan padanan kata kerja yang sepatutnya serta meninjau implikasi ketidatepatan padanan kata kerja tersebut ke atas pembentukan makna ayat. Untuk memenuhi objektif di atas, pengkaji telah membuat satu analisis terhadap ketepatan kata kerja bahasa Jerman berdasarkan 720 ayat yang diperoleh daripada 15 buah skrip VCD pelajarpelajar bahasa Jerman Asas (Tahap Tiga) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penghuraian setiap kata kerja adalah berdasarkan ketepatan maknanya dalam konteks penggunaan. Ayat-ayat yang menggunakan kata kerja yang dikenal pasti tidak menepati makna konteks dihuraikan menggunakan kaedah kualitatif yang berorientasikan linguistik deskriptif. Kaedah kualitatif dijalankan dengan menggunakan jadual yang telah diubahsuai dari Teori Analisis Komponen Makna yang diutarakan oleh Kempson (1991) dan Loebner (2002) bagi menjelaskan ciri-ciri kesinoniman yang wujud pada setiap kata yang digunakan dengan padanan yang sepatutnya. Kajian ini telah mendapati bahawa daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 27 kata kerja yang dianalisis, 8 padanan kata adalah bersifat sinonim dengan kata kerja yang digunakan oleh responden. Ini jelas menunjukkan bahawa pilihan padanan setiap kata adalah berdasarkan iv ketepatannya dalam konteks ayat. Walaupun kebanyakan padanan memliki sifat sinonim dengan kata yang digunakan, namun bagi Kata Kerja Tidak Terpisah (KKTT), jumlah yang diperoleh menunjukkan bahawa hanya kata kerja tersebut tidak memiliki ciri-ciri sinonim dengan padanan kata kerja yang sepatutnya.