Pemindahan negatif dalam karangan Bahasa Sepanyol oleh pelajar Melayu / Fatina Abu Bakar
Kajian ini dijalankan bagi meneroka fenomena pemindahan negatif dari bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris ke dalam penulisan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Sepanyol. Fokus kajian adalah untuk melihat perbezaan dalam pemindahan negatif di antara bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Ka...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/6675/ http://studentsrepo.um.edu.my/6675/1/fatina_TGA100011.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bagi meneroka fenomena pemindahan negatif dari bahasa Melayu dan
juga bahasa Inggeris ke dalam penulisan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Sepanyol.
Fokus kajian adalah untuk melihat perbezaan dalam pemindahan negatif di antara bahasa
Melayu dan juga bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan kaedah campuran (mixedmethod)
di mana pengkaji menggunakan perkiraan statistik mudah bagi mengira kekerapan
pemindahan negatif dan seterusnya memberi huraian deskriptif terhadap jenis pemindahan
negatif tersebut. Data primer adalah daripada 30 penulisan karangan pelajar Melayu Tahap 1
bahasa Sepanyol. Kesilapan pelajar dalam karangan akan dikategorikan mengikut beberapa
jenis kesilapan yang diadaptasi daripada Calvo Cortés (2005) dan seterusnya kesan PN
dianalisis menggunakan klasifikasi jenis pemindahan negatif Odlin (1989). Selain itu, data
dari soal selidik digunakan bagi melihat persepsi pelajar tentang penggunaan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris dalam pembelajaran bahasa Sepanyol. Dapatan kajian mendapati pelajar
lebih banyak melakukan pemindahan negatif daripada bahasa Inggeris berbanding bahasa
Melayu dan jenis pemindahan yang paling banyak dilakukan ialah dari jenis kata kerja.
Sementara persepsi pelajar terhadap bahasa yang banyak digunakan sebagai rujukan dalam
mempelajari bahasa Sepanyol juga ialah bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini diharap dapat
menarik perhatian tenaga pengajar bahasa Sepanyol terhadap kewujudan fenomena
pemindahan bahasa dan dapat digunakan bagi tujuan penambahbaikan sesi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Sepanyol terutamanya di Malaysia. |
|---|