Pembangunan sosial melalui program pembasmian kemiskinan: kajian perbandingan antara kes di Melaka, Malaysia dan kes di Riau, Indonesia / Mohamad Zahir Zainudin
Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia da...
Saved in:
| Summary: | Pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada kemajuan
negara. Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia
lebih lima dekad yang lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial
kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan
ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi
kelestarian dan kemajuan sesebuah negara. Bentuk dan corak pentadbiran di Malaysia dan
Indonesia mempengaruhi pembangunan sosial kedua-dua buah negara. Situasi sosial jauh
berbeza berdasarkan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang berlaku dan trend
dalam sejarah pembangunan negara. Perbezaan ini wujud disebabkan strategi pembasmian
kemiskinan yang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bergerak pada kadar yang tidak
sekata. Wujud debat yang berpanjangan mengenai keberkesanan program pembasmian
kemiskinan mikro kredit terhadap kesejahteraan hidup masyarakat miskin. Sesetengah
dapatan kajian menunjukkan mikro kredit menjadi penawar kepada kehidupan masyarakat
miskin ini. Bagaimanapun, apa yang dikatakan penawar tersebut sebenarnya hanya
perubahan dalam jumlah pendapatan yang dijana melalui perniagaan yang diusahakan
kerana pendapatan yang bertambah tidak semestinya menggambarkan masyarakat miskin
berada dalam kesejahteraan hidup. Justeru kajian ini mengenal pasti impak implementasi
intervensi sosial yang dibawa dalam skim mikro kredit melalui program pembasmian
kemiskinan terhadap kesejahteraan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Metodologi
kajian yang digunakan adalah gabungan kuantitatif dan kualitatif (mixed method) untuk
mendapatkan keputusan kajian yang maksimum. Analisis data yang dilakukan ke atas
responden menunjukkan empat faktor penyebab kepada kegagalan kesejahteraan
komuniti. Faktor-faktor tersebut adalah jaringan sosial, penyertaan komuniti,
pembangunan komuniti dan peluang pekerjaan. Kajian ini mencadangkan agensi yang
terlibat dalam pembasmian kemiskinan melalui skim mikro kredit wajar menggerakkan
usaha ke arah kolaborasi pemerkasaan dan penyertaan aktif responden dalam pelaburan
sosial dan pelaburan ekonomi seperti yang terdapat dalam Model Piawaian Pembangunan
Sosial. |
|---|