Structural, magnetic, thermal, mesomorphic and density functional theoretical studies of complexes of copper(II) and iron(II) with carboxylate ions and 2,2’-bipyridine ligands / Lailatun Nazirah Ozair
Penyelidikan ini berfokuskan sintesis dan pencirian kompleks magnetik, stabil terma dan mesomorfik kuprum(II) dan ferum(II), masing-masing dengan formula umum [Cu2(RCOO)4(bpy)2] dan [Fe(RCOO)2(bpy)] (R = CH3(CH2)6-14, p-CH3(CH2)9-15C6H4; bpy = 2,2’-bipyridine), dan mengkaji sifat magnet (bagi komple...
Saved in:
| Summary: | Penyelidikan ini berfokuskan sintesis dan pencirian kompleks magnetik, stabil terma dan mesomorfik kuprum(II) dan ferum(II), masing-masing dengan formula umum [Cu2(RCOO)4(bpy)2] dan [Fe(RCOO)2(bpy)] (R = CH3(CH2)6-14, p-CH3(CH2)9-15C6H4; bpy = 2,2’-bipyridine), dan mengkaji sifat magnet (bagi kompleks kuprum(II)) dan struktur (bagi kompleks ferum(II)) melalui teori ketumpatan fungsian (DFT). Struktur ligan dan kompleks dideduksikan secara analisis unsur CHN, spektroskopi 1H-NMR (untuk ligan), spektroskopi FTIR, spektroskopi UV-nampak, dan kristolagrafi sinar X (untuk hablur tunggal). Kerentanan magnet kompleks ditentukan pada suhu bilik melalui kaedah Gouy, kestabilan terma melalui termogravimetri (TG), dan sifat mesomorfik melalui kalorimetri imbasan perbezaan (DSC) dan mikroskopi pengutuban optik (POM). Pengoptimum geometri dan pengiraan frekuensi dilakukan dengan menggunakan pakej Gaussian09W dengan kaedah DFT B3LYP dan set asas 6-31G. Sejumlah sembilan kompleks kuprum(II) dan lapan kompleks ferum(II) berjaya disintesis dan dicirikan. Semua kompleks kuprum(II) mempunyai pusat Cu(II) piramid sisi empat sama dengan ligan karboksilat monodentat dan titian syn-anti, magnetik, stabil terma (Turai dalam julat 173 oC hingga 272 oC), dan mesomorfik. Semua kompleks ferum(II) adalah oktahedral dengan campuran atom ferum(II) spin tinggi (HS) dan spin rendah (LS) pada suhu bilik, dan stabil terma (Turai dalam julat 152 oC hingga 160 oC). Kompleks alkilkarboksilat, kecuali [Fe2(CH3(CH2)10COO)4(bpy)], adalah tidak mesomorfik. Kompleks arilkarboksilat adalah mesomorfik. Pemodelan molekul bagi kompleks kuprum(II) (1) dan kompleks ferum(II) (6 dan 16) menunjukkan persamaan yang baik antara data eksperimen dengan data teori. |
|---|