Ujian fitokimia dan antioksidan akar Labisia Pumila Var. Pumiia
"Akar rerambut mempunyai kapasiti biosintesis yang tinggi, khususnya metabolit seperti yang terdapat dalam akar normal in vivo dan juga boleh digunakan sebagai sumber berterusan untuk pengeluaran metabolit sekunder yang bernilai. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur aktiviti antioksidan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | English |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/17663/ http://eprints.ums.edu.my/17663/1/Ujian%20fitokimia%20dan%20antioksidan%20akar.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | "Akar rerambut mempunyai kapasiti biosintesis yang tinggi, khususnya metabolit
seperti yang terdapat dalam akar normal in vivo dan juga boleh digunakan sebagai
sumber berterusan untuk pengeluaran metabolit sekunder yang bernilai. Objektif
kajian ini adalah untuk mengukur aktiviti antioksidan dan mengenalpasti kandungan
polifenol dan flavonoid ke atas akar normal dan rerambut Labisia pumi/a var. pumila.
Sampel akar rerambut disubkultur atas media MSO dengan dua kali vitamin manakala
eksplan batang digunakan untuk pengaruhan akar normal atas media MS dengan 3.0
mg/L IBA. Eksplan yang berusia 16 minggu digunakan untuk pengekstrakan metanol.
Ekstrak metanol kedua-dua sampel digunakan untuk penentuan aktiviti antioksidan
menggunakan asai DPPH. Jumlah kandungan fenolik (TPC) telah ditentukan dengan
kaedah spektrofotometri menggunakan reagen Folin-Ciocalteu manakala jumlah
kandungan flavonoid (TFC) telah dianggarkan dengan kaedah kolorimetrik
menggunakan aluminium klorida. Keputusan ujian DPPH ke atas ekstrak akar
rerambut dan normal Labisia pumila menunjukkan ekstrak akar rerambut mempunyai
aktiviti antioksidan yang lebih tinggi. Nilai IC50 akar rerambut ialah 0.038±0.0046
mg/ml dan akar normal ialah 0.0417±0.0021 mg/ml. Nilai IC50 yang rendah
menunjukkan kehadiran aktiviti antioksidan yang tinggi. Kandungan polifenol
ditentukan berdasarkan persamaan keluk regresi penentukuran piawai asid galik dan
dinyatakan sebagai asid galik setara (GAE) bagi setiap gram sampel. Ekstrak akar
rerambut mempunyai 18.02 mg GAE/g sampel; 0.0451±0.0011 mg/ml dan akar
normal 12.93 mg GAE/g sampel; 0.0323±0.0023 mg/ml. Manakala, kandungan
flavonoid ditentukan berdasarkan persamaan keluk regresi penentukuran piawai
quercetin dan dinyatakan sebagai quercetin setara (QE) bagi setiap gram sampel.
Ekstrak akar rerambut mempunyai 22.27 mg QE/g sampel; 0.0557±0.004 mg/ml clan akar normal 3.32 mg QE/g sampel; 0.0083±0.0007 mg/ml. Terdapat hubungan negatif yang signifikan antara antioksidan dengan TPC dan TFC, menunjukkan bahawa nilai IC50 antioksidan tidak mempengaruhi TPC atau TFC (r=-1.000, p <. 01). Keputusan yang diperoleh menunjukkan aktiviti antioksidan dan kandungan polifenol dan flavonoid dalam ekstrak akar rerambut adalah lebih tinggi daripada ekstrak akar
normal. |
|---|