Sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board 1902-1954
Kajian ini membincangkan sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board (JSB) sebagai pentadbiran bandar di peringkat pentadbiran tempatan. Badan ini diperkenalkan semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (Chattered) pada tahun 1902 untuk meregulasi perbandaran Jesselton. Sebagai...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/17811/ http://eprints.ums.edu.my/17811/1/Sejarah%20pentadbiran%20Jesselton.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini membincangkan sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board (JSB)
sebagai pentadbiran bandar di peringkat pentadbiran tempatan. Badan ini
diperkenalkan semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
(Chattered) pada tahun 1902 untuk meregulasi perbandaran Jesselton. Sebagai
pentadbir bandar bidang kuasanya adalah termasuk menyelia bandar dan menjaga
kebersihan dalam kawasan bandar. Bidang kuasa ini adalah merujuk kepada
beberapa akta dan ordinan perbandaran dari England kerana sistem pentadbiran ini
berasal dari England. Walau bagaimanapun, berlaku perkembangan dalam bidang
kuasanya kerana perubahan situasi semasa yang memerfukan sebuah legislatif
yang lebih bersifat tempatan sesuai dengan latar belakang masyarakatnya. Justeru,
badan ini mengalami perubahan skop bidang kuasa dan mula mengalikasi ordinan
perbandaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang mempunyai latar masyarakat
yang sama. Perkara ini dapat dilihat melalui pelaksanaan Town Planning Bill 1927
untuk menggantikan Town Planning Bill yang lama pada tahun 1923. Di bawah
ordinan baru ini, badan ini memainkan peranan sebagai perancang pelan bandar,
menyelia pembinaan bangunan termasuk kawasan pasar dan hospital bagi
memastikan bangunan ini dalam keadan bersih dan selamat. Selain itu, badan ini
juga mempunyai kuasa untuk meroboh dan mengubahsuai bangunan, berkuasa
meluluskan permohonan berlesen termasuk tarif elektrik, terlibat dalam
menetapkan harga barang dan juga bertanggungjawab bagi semua bidang kuasa
yang tidak mempunyai badan khas. Badan pentadbiran ini berfungsi sehingga
tahun 1943, apabila Perang Dunia Kedua merebak ke Borneo Utara clan Jesselton
diduduki oleh tentera Jepun. Setelah perang tamat pada tahun 1945, Borneo Utara
telah ditadbir oleh Tentera Bersekutu British dan Sanitary Board telah diaktifkan
semula pada tahun 1946 untuk meneruskan fungsinya sebagai pentadbir bandar
berkejasama dengan Jabatan Kerja Raya, Polis dan syarikat perniagaan Jesselton
Ice and Power untuk membangunkan semula bandar Jesselton. Pembangunan ini
diteruskan sehingga Jesselton telah mencapai status Perbandaran di bawah ordinan
baru iaitu Municipal and Urban Authority pada tahun 1954. Sehubungan dengan
status baru ini, menandakan berakhirnya era pentadbiran Jesselton Sanitary Board. |
|---|