Kaedah dua titik kumpulan tak tersirat bagi masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua menerusi interpolasi lagrange
Kajian ini mempertimbangkan kaedah interpolasi lagrange dalam mendiskretkan masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua. Selanjutnya, penyelesaian hampiran ke atas sistem persamaan linear diperolehi dengan menggunakan kaedah lelaran Dua litik Kumpulan Tak Tersirat (2EG) dengan paramet...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/18545/ http://eprints.ums.edu.my/18545/1/Kaedah%20dua%20titik%20kumpulan.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini mempertimbangkan kaedah interpolasi lagrange dalam mendiskretkan
masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua. Selanjutnya, penyelesaian
hampiran ke atas sistem persamaan linear diperolehi dengan menggunakan kaedah
lelaran Dua litik Kumpulan Tak Tersirat (2EG) dengan parameter berpemberat w.
kaedah lelaran 2EG ini dibahagi lagi kepada kaedah lelaran Dua Titik Kumpulan Tak
Tersirat Gauss-Seidel (2EG-GS) dan kaedah lelaran Dua Titik Kumpulan Tak Tersirat
Pengenduran Berlebihan Berturut-turut (2EG-SOR). Berdasarkan eksperimen
berangka ke atas satu contoh permasalahan dipertimbangkan, dapatan kajian
menunjukkan bahawa 2EG-SOR adalah lebih berkesan dari segi bilangan lelaran,
masa lelaran (saat) dan ralat maksimum berbanding dengan kaedah lelaran GaussSeidel
(GS), kaedah lelaran Pengenduran Berlebihan Berturut-turut (SOR) dan
kaedah lelaran 2EG-GS. Selain itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah
interpolasi lagrange memberi kejituan yang tinggi. |
|---|