Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam pengajaran sains sekolah rendah
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian digunakan sebagal instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru yang...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯: | |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Thesis |
| மொழி: | English |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2009
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.ums.edu.my/18685/ http://eprints.ums.edu.my/18685/1/Penggunaan%20perisian%20multimedia.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang penggunaan perisian multimedia
pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah rendah. Satu
set soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian digunakan sebagal instrumen kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 133 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains di
31 buah sekolah rendah di daerah Papar. Penganalisisan data yang diperolehi telah
dijalankan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS versi 15. Dua jenis
statistik digunakan iaitu statistik deskriptif untuk melihat kekerapan, peratusan, skor min
dan sisihan piawai, manakala statistik inferensi yang melibatkan Ujian-t dilakukan untuk
melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan perislan
multimedia pendidikan dengan kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan
pengalaman mengikuti kursus komputer, analisis ANOVA Satu Hala digunakan untuk
mengenal pasti perbezaan yang signifikan penggunaan perislan multimedia pendidikan
berdasarkan faktor gred sekolah, umur dan pengalaman mengajar, manakala Ujian
Korelasi Pearson dua arah digunakan untuk melihat hubungan antara penggunaan
perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru
serta kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan perisian multimedia
pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan perisian
multimedia pendidikan bagi guru-guru Sains ini adalah tinggi (min 2.80). Tahap
perancangan dan pengurusan pengajaran guru Sains juga berada pada tahap yang
tinggi (min 2.76), namun tahap kemahiran komputer dan perisian multimedia
pendidikan serta kekangan yang dihadapi adalah sederhana dengan nilai 2.59 dan 2.51.
Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan
perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar.
Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
daiam penggunaan perisian multimedia pendidikan berdasarkan faktor gred sekolah,
kelulusan akademik, bidang pengkhususan dan pengalaman mengikuti kursus komputer.
Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan
perisian multimedia pendidikan dengan perancangan dan pengurusan pengajaran guru
Sains serta kekangan yang dihadapi oleh guru Sains. Melalui kajian ini, beberapa
cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi penguasaan guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan perislan multimedia pendidikan agar
pelaksanaan penggunaan ICT dalam dunia pendidikan berjaya mencapai matlamatnya,
seterusnya meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan di Malaysia |
|---|