Kesan pembandaran terhadap persekitaran fizis di sekitar kawasan kilometer23-27.5 Lebuhraya Kota Kinabalu-Tuaran, Sabah
Kawasan kajian yang didasari oleh batuan Formasi Crocker berusia Eosen - Awal Miosen dan endapan aluvium kuaterner telah mengalami aktiviti pembandaran pesat dan perubahan kepada guna tanah yang seterusnya membawa kepada perubahan persekitaran fizis seperti topografi, meteorologi, geologi, tanah...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯: | |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Thesis |
| மொழி: | English |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2001
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.ums.edu.my/19328/ http://eprints.ums.edu.my/19328/1/Kesan%20pembandaran%20terhadap%20persekitaran%20fizis.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Kawasan kajian yang didasari oleh batuan Formasi Crocker berusia Eosen -
Awal Miosen dan endapan aluvium kuaterner telah mengalami aktiviti
pembandaran pesat dan perubahan kepada guna tanah yang seterusnya
membawa kepada perubahan persekitaran fizis seperti topografi, meteorologi,
geologi, tanah, hidrologi dan saliran serta kawasan bencah. Perubahan guna
tanah yang melibatkan pemotongan bukit dan cerun bukit, penimbusan,
pembuangan tumbuhan penutup dan pembinaan infrastruktur telah
menyebabkan pendedahan permukaan, perubahan sistem saliran dari segi
bentuk, muatan alur dan kelancaran aliran saliran, kehilangan storan permukaan,
kepupusan habitat dan hidupan biologi, kewujudan permukaan tidak telap dan
perubahan kestabilan batuan. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan
keberkesanan tindakan luluhawa, sejatan permukaan dan aliran permukaan
serta pengurangan kadar penapisan air ke bawah permukaan (infiltrasi) dan
transpirasi. Kejadian hakisan tanah, kelodakan, pencemaran saliran, banjir kilat
dan tanah runtuh merupakan kesan pembandaran daripada perubahan
persekitaran fizis di kawasan kajian. Kadar hakisan tanah di kawasan kajian
adalah tinggi terutama di kawasan perbukitan yang mengalami pemotongan
cerun dan pemdedahan iaitu di bahagian barat permatang Bukit Giling.
Kelodakan yang memperolehi sumber daripada hasil tindakan luluhawa dan
hakisan tanah telah menyebabkan perubahan kepada keseragaman alur saliran,
penurunan kadar penapisan air ke bawah permukaan di dataran aluvium,
pencetekan alur dan kenaikan paras permukaan. Pencemaran saliran pula
merupakan lanjutan daripada proses kelodakan yang aktif semasa musim hujan
terutama saliran yang berhampiran dengan kawasan pembinaan. Banjir kilat pula
kerap berlaku dan menyebabkan penenggelaman jalanraya dan rumah
kediaman di dataran aluvium. Masalah tanah runtuh kritikal belum pernah
direkodkan berlaku di kawasan kajian tetapi berpotensi di kawasan cerun
perbukitan yang didasari batuan Formasi Crocker. Faktor utama yang
mempangaruhi kesan pembandaran di kawasan kajian adalah perancangan
yang kurang baik, faktor semulajadi, aktiviti manusia, sikap masyarakat dan
penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah persekitaran yang kurang
berkesan. Oleh itu, bagi mengatasi dan mengelakkan kesan pembandaran
seperti yang berlaku di kawasan kajian adalah melalui penggunaan perancangan
dan pengurusan pembandaran (guna tanah) yang mampan, mempertingkatkan
kesedaran masyarakat mengenai masalah persekitaran dan keberkesanan
penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan persekitaran. |
|---|