Penggunaan model "Ray Diagram" untuk meningkatkan kefahaman dan minat dalam kalangan pelajar fizik tingkatan empat bagi tajuk "Understanding Lens"

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Kota Belud untuk menguji kesan penggunaan model Ray Diagram terhadap kefahaman dan minat bagi mata palajaran Fizik tingkatan empat. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan responden seramai 31 orang pelajar dari kelas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Fadhilah Azami,
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/5896/
http://eprints.ums.edu.my/5896/1/ae0000000908.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Kota Belud untuk menguji kesan penggunaan model Ray Diagram terhadap kefahaman dan minat bagi mata palajaran Fizik tingkatan empat. Kajian yang bersifat kuantitatif ini menggunakan responden seramai 31 orang pelajar dari kelas aliran sains yang dipilih secara rawak mudah. Model yang berkonsepkan analogi ini digunakan untuk memudahkan pelajar menentukan ciri-ciri imej bagi suatu objek dengan lebih mudah di samping membantu mereka untuk melukis gambarajah sinar dengan betul. Elemen warna yang digunakan bertujuan untuk membantu pelajar dalam mengingat langkah-langkah penting di dalam menghasilkan gambarajah sinar. Kajian menggunakan satu kumpulan tunggal sebagai kumpulan rawatan (pre-post design). Set soalan ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen untuk mengukur kefahaman pelajar di samping soal selidik untuk mendapatkan respon dari persepsi minat. Data yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi menunjukkan penggunaan model Ray Diagram mampu meningkatkan kefahaman selain menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk "Understanding Lens"