Kesan baja tahi ayam terhadap tumbesaran dan hasil terung (solanum melongena)
"Eksperimen ini dijalankan di plot penyelidikan Makmal Ladang, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Eksperimen dilakukan untuk mengkaji kesan kadar pembajaan yang berlainan bagi baja tahi ayam terhadap penghasilan terung (Solanum melongena). Kajian ini telah dijalankan dal...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | English |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.ums.edu.my/5910/ http://eprints.ums.edu.my/5910/1/ae0000000922.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | "Eksperimen ini dijalankan di plot penyelidikan Makmal Ladang, Sekolah Sains dan
Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Eksperimen dilakukan untuk mengkaji kesan
kadar pembajaan yang berlainan bagi baja tahi ayam terhadap penghasilan terung
(Solanum melongena). Kajian ini telah dijalankan dalam masa tiga bulan. Sebanyak lima
kadar berlainan bagi baja tahi ayam ditabur sebagai rawatan: 0,1,2,4 dan 8 tan per
hektar (bersamaan dengan 0,0.22,0.45 dan 1.8 kg per plot). Setiap rawatan mempunyai
lima replikasi. Rawatan dalam kajian ini diatur dengan menggunakan rekabentuk rawak
lengkap (CRD). Setiap kadar baja dibahagi dua, separuh ditabur sebagai baja permulaan
dan baki sebagai baja penyelenggaraan. Dalam kajian ini, parameter yang dikaji
termasuklah bilangan buah, hasil buah, saiz buah, hasil vegetatif dan ketinggian pokok
terung. Keputusan kajian menunjukkan kadar baja tahi ayam sebanyak 8 tan/ha
memberikan kesan yang terbaik kepada pertumbuhan dan penghasilan terung berbanding
dengan kawalan (0 tan/ha). Purata bilangan buah tertinggi ialah 7.40 buah per pokok
diperolehi daripada tanaman yang diberi kadar baja tahi ayam 8 tan/ha. Purata ukur lilit
buah tertinggi ialah 16.60 cm diperoleh dari pokok dibaja pada kadar 8 tan/ha berbanding
dengan 13.18 cm pada kadar baja 0 tan/ha. Purata berat basah yang tertinggi (113 g per
pokok) juga dihasilkan oleh pembajaan dengan kadar 8 tan/ha. Manakala, purata bagi
berat kering bahagian atas dan akar pokok masing-masing 71.9 g dan 21.2 g per pokok
apabila tanaman ditabur baja dengan kadar 8 tan/ha." |
|---|