Kesan hormon dan sumber karbon ke atas perkembangan protokorm Dendrobium macrophyllum

Dalam kajian ini spesies orkid yang dipilih untuk tujuan propagasi ialah Dendrobium macrophyllum. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan hormon iaitu indole-3-asetik asid (IAA), benzylaminopurine (BAP) dan kinetin pada kepekatan berbeza (0, 2, 4 dan 6 µM) dan kesan perbezaan kepekatan sukrosa dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurabaina Nasaruddin,
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/7830/
http://eprints.ums.edu.my/7830/1/ae0000001662.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kajian ini spesies orkid yang dipilih untuk tujuan propagasi ialah Dendrobium macrophyllum. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan hormon iaitu indole-3-asetik asid (IAA), benzylaminopurine (BAP) dan kinetin pada kepekatan berbeza (0, 2, 4 dan 6 µM) dan kesan perbezaan kepekatan sukrosa dan glukosa ( 0, 3 dan 6% (w/v)) terhadap perkembangan protokorm Dendrobium macrophyllum. Rawatan dibekalkan kepada setengah kepekatan media Murashige dan Skoog (1962). Protokorm kemudiannya dikulturkan pada medium yang mengandungi rawatan. Kultur diletakkan pada bilik kultur dengan suhu 25 ±2 0C dan 24 jam cahaya. Perkembangan protokorm diperhatikan setiap tiga puluh hari. Pemerhatian dilakukan ke atas perkembangan pucuk dan akar pada protokorm. Analisis data dilakukan bagi mendapatkan peratusan perkembangan, indeks pertumbuhan dan sisihan piawai bagi data yang diperolehi. Keputusan kajian menunjukkan rawatan hormon iaitu 2 µM IAA memberikan peratusan tertinggi iaitu 100% protokorm mengalami perkembangan pucuk bermula pada hari ke 120. Rawatan sumber karbon menunjukkan protokorm yang mendapat rawatan 3% (w/v) glukosa dan 6% (w/v) sukrosa menunjukkan peratusan protokorm yang mengalami perkembangan pucuk tertinggi dengan masing-masing mencapai 96.7 ± 5.8% dan 96.3 ± 6.4% pada hari ke 180 pemerhatian. Peratusan tertinggi protokorm yang mengalami perkembangan akar adalah kesan rawatan 2 µM kinetin dengan 72.5 ± 19.8% dan rawatan 3% (w/v) glukosa dengan 90% pada hari ke 180 pemerhatian dilakukan. Indeks pertumbuhan pula menunjukkan rawatan 2 µM kinetin dan 2 µM IAA memberikan indeks tertinggi dengan memberikan indeks pertumbuhan sebanyak 562.6 dan 553.3. Manakala Rawatan sumber karbon menunjukkan rawatan dengan 3% (w/v) glukosa dan 6% (w/v) sukrosa memberikan indeks pertumbuhan tertinggi iaitu 583.3 dan 558.5. Hampir kesemua protokorm mencapai peringkat enam pada pemerhatian ke 180 hari.