Amalan Penilaian Program Latihan Institusi Latihan Kerajaan dan Swasta

Kerajaan Malaysia telah memberikan keutamaan ke atas penilaian program latihan. Untuk itu, terdapat banyak institusi latihan yang menyediakan programprogram latihan mengandungi penilaian latihan. Walau bagaimanapun, kajian yang pernah dibuat ke atas amalan penilaian program latihan di negara ini...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Su'ud, Hafizah
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2005
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/6448/
http://psasir.upm.edu.my/6448/1/FPP_2005_14%281-24%29.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kerajaan Malaysia telah memberikan keutamaan ke atas penilaian program latihan. Untuk itu, terdapat banyak institusi latihan yang menyediakan programprogram latihan mengandungi penilaian latihan. Walau bagaimanapun, kajian yang pernah dibuat ke atas amalan penilaian program latihan di negara ini amat terbatas. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan empat objektif iaitu mengenalpasti rekabentuk penilaian latihan, mengenalpasti kaedah penilaian latihan, mengenalpasti peringkat-peringkat penilaian latihan dan untuk menentukan persamaan dan perbezaan ke atas amalan penilaian latihan di antara institusi latihan kerajaan dan institusi latihan swasta di tiga kawasan iaitu Bandar Baru Bangi, Kajang dan Serdang, Selangor. Sejumlah 109 orang pegawai latihan terlibat sebagai responden kajian. lnstrumen utama kajian adalah borang soal-selidik yang mana ianya dihasilkan berdasarkan Model Penilaian Bennet (1976). Statistik deskriptif seperti min,sisihan piawai,peratus dan frekuensi digunakan semasa menganalisa data. Ujian - t pula digunakan dalam membandingkan amalan penilaian program latihan di antara institusi latihan kerajaan dan institusi latihan swasta. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa (i) responden kerap menjalankan penilaian selepas sesebuah program latihan selesai dijalankan (min 4.44); (ii) kaedah penilaian latihan yang paling kerap diamalkan oleh responden kajian adalah penggunaan borang soal-selidik (min 4.68); (iii) hasil kajian juga mendapati bahawa responden kerap menjalankan penilaian di peringkat keempat (Peringkat Reaksi - daripada model penilaian yang diperkenalkan oleh Bennet, 1976). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan ke atas rekabentuk penilaian, kaedah penilaian dan peringkat-peringkat penilaian yang diamalkan oleh pegawai latihan di antara kedua-dua jenis institusi latihan tersebut. Cadangan bagi meningkatkan kajian ke atas bidang latihan dan penilaian pada masa kini dan masa hadapan telah diketengahkan.