KEFAHAMAN DAN APLIKASI KONSEP ASID-BES DALAM KEHIDUPAN HARIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SAINS JOHOR BAHRU

Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Kassim, Abu Hassan, Tan , Cheng Theng
格式: Article
出版: 2009
主题:
在线阅读:http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/1066/
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/1066/1/KEFAHAMAN%20DAN%20APLIKASI%20KONSEP%20ASID_BES%20DALAM%20KEHIDUPAN%20HARIAN%20DALAM%20KALANGAN%20PELAJAR%20TINGKATAN%20EMPAT%20SAINS%20JOHOR%20BAHRU.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, telah dilibatkan dalam kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’. Data-data dianalisis dengan mengira frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap kosep asid-bes adalah sederhana; manakala, kemampuan mereka untuk mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian adalah lemah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dengan kemampuan mereka mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian.