Penilaian Agihan Zakat Terhadap Asnaf Al-Riqāb Dan Ibn Al-Sabīl Di Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang
Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kedudukan asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabīl sebagai asnaf zakat menurut perbahasan ulama, menganalisis pengurusan agihan zakat di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan menilai pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabī...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/2132/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/2132/1/PENILAIAN%20AGIHAN%20ZAKAT%20TERHADAP%20ASNAF%20AL_RIQAB%20DAN%20IBN%20AL_SABIL%20DI%20MAJLIS%20UGAMA%20ISLAM%20DAN%20ADAT%20RESAM%20MELAYU%20PAHANG.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kedudukan asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabīl sebagai asnaf zakat menurut perbahasan ulama, menganalisis pengurusan agihan zakat di
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan menilai pelaksanaan agihan zakat terhadap asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabīl di insitusi ini dengan menggunakan
kaedah penyelidikan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan dokumentasi. Data dianalisis menggunakan metod deduktif, induktif dan perbandingan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa agihan zakat terhadap asnaf al- Riqāb perlu dilaksanakan pada masa kini bagi mengeluarkan umat Islam yang terbelenggu dengan pelbagai bentuk perhambaan di samping dapat menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan asnaf Ibn al-Sabīl. Kajian juga menunjukkan bahawa MUIP telah diuruskan dengan cekap dan telus bagi memastikan institusi ini sentiasa mendapat kepercayaan masyarakat. MUIP juga telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf al- Riqāb dan Ibn al-Sabīl menurut prinsip-prinsip syarak dan keperluan semasa. Kesimpulan kajian ialah para ulama telah memperakui asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabīl sebagai penerima zakat pada masa kini dan terdapat institusi-institusi zakat yang telah melaksanakan agihan zakat terhadap asnaf ini. Kajian ini memberi implikasi terhadap
perundangan dan kaedah pengurusan agihan zakat asnaf al-Riqāb dan Ibn al-Sabīl oleh institusi-institusi zakat pada masa kini bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan asnaf ini. |
|---|