Kolej Kediaman Lestari: Keselesaan Bilik Penghuni Kolej Kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kajian ini merupakan kajian awalan bagi pembangunan konsep kolej kediaman lestari di Malaysia. Artikel ini mengkaji keselesaan menginap di bilik penginapan kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah melalui borang soal selidik terhadap 40 resp...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/2316/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/2316/1/KOLEJ%20KEDIAMAN%20LESTARI%20_KESELESAAN%20BILIK%20PENGHUNI%20KOLEJ%20KEDIAMAN%20TUN%20FATIMAH%2C%20UNIVERSITI%20TUN%20HUSSEIN%20ONN%20MALAYSIA.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini merupakan kajian awalan bagi pembangunan konsep kolej kediaman lestari di Malaysia. Artikel ini
mengkaji keselesaan menginap di bilik penginapan kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah melalui borang soal selidik terhadap 40 responden. Borang soal selidik
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi responden yang mengandungi tiga item soalan
dan bahagian B berkaitan keselesaan terhadap bilik penginapan kolej kediaman yang mengandungi 11 item soalan. Selain itu, bahagian B juga terdapat dua subtopik iaitu keselesaan terhadap ruang fizikal bilik penghuni dan keselesaan terhadap peralatan dalaman bilik penghuni. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap keselesaan pada setiap item soalan berkaitan bilik penghuni. Keputusan kajian mendapati semua sebelas item soalan keselesaan penghuni terhadap bilik penginapan berada pada tahap selesa dan ini menunjukkan penyediaan bilik penginapan oleh pihak kolej kediaman memenuhi keperluan semasa penghuni.
Keselesaan dalam mendiami bilik penginapan adalah penting supaya penghuni dapat menumpukan perhatian ketika
melakukan ulangkaji serta mendapat rehat yang secukupnya seterusnya meningkatkan kualiti hidup sepanjang berada
di kolej kediaman. |
|---|