Kebudayaan Pahang dalam alaf baru
Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/313/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/313/1/Prof.Madya%20Dr.Hanafi%20Dollah%20-%20Kebudayaan%20Pahang%20dalam%20alaf%20baru.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri
jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan
dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang
seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun
negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada
Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada
Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak
kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi
kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan
sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung
yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo,
Sulawesi, Jawa dan lain-lain.
Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri ini terdapat banyak keistimewaan baik dari
sejarah dan kebudayaannya. Dari segi sejarah silam, Pahang adalah tapak: arkeologi yang
kaya dan sehingga sekarang sebahagian kecil sahaja dicarigali (lihat. Bellwood 2000).
Dari segi sejarah tua, ia tidak sunyi daripada pertalian pusat-pusat kebudayaan lain
seperti Melaka dan Jawa. Dari segi sejarah yang bam lalupun, Pahang masih panas dan
segar dengan para pahlawan dan tokoh anak watangnya, daripada Tok Gajah, Dato'
Bahaman dan Mat Kilau kepada Ishak Muhamad dan Kris Mas. Putera Pahang, Tun
Abdul Razak Hussein adalah seorang Perdana Menteri yang sangat berjasa kepada orang
Melayu, baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sistem pendidikan. Dengan itu, Pahang
bukanlah suatu daerah pinggir (marginal) tetapi suatu negeri yang mempunyai kekayaan
dan keistimewaan tersendiri. Kekayaan dan keistimewaan itu semakin terserlah kalau
2
dilihat dalam kontek semasa dan akan datang. Sekarang Pahang merupakan negeri
destinasi utama pelancong. Tempat-tempat seperti Pulau Tioman, Cheranting dan
Genting Hinglands adalah tempat-tempat yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa.
Dalam suasana tersebut, negeri Pahang mempunyai peluang yang lebih besar untuk
membanguri kebudayaan tradisionaInya. Kebudayaan tradisional di sini termasuklah
kesenian. |
|---|