DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/323/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/323/1/Tn.Hj%20Syed%20Ahmad%20Syed%20Abdullah%20-%20DPMP%20-%20Wadah%20perjuangan%20penulis%20Pahang.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus
orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan
mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya
ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu
organisasi yang berperlembagaan.
Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti
Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam
genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus
menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan
diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka
sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu
Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan
orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training College Tanjung
Malim yang tamat pada tahun 1931.
Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Pak Zek, Ibrahim Omar semuanya
telah menulis sebelum DPMP diwujudkan. Dato' Mohd. Khairuddin Kawi, Haji Alang
Ahmad (wartawan) bergiat selepas penubuhannya. Sejak penubuhannya DPMP mula
bergerak melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalam perlembagaannya. Di
antaranya ialah:
• Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan, dan kesenian Melayu
ke arah mengukuhkan dasar kebudayaan nasional.
• Menyatukan penulis-penulis peminat ke arah meninggikan tarafbahasa dan
kesusasteraan Melayu
• Memelihara kesenian Melayu terutama kesenian tradisi dan sastera rakyat.
Pada akhir tahun 50-an DPMP dipimpin oleh seorang tokoh tempatan yang sangat
dihormati iaitu Cikgu Mohd Taib Akil dengan Setiausahanya oleh Saudara Jazam Lusah.
Pada tahun-tahun permulaan itu, DPMP berpusat di Temerloh. Antara tokoh yang
menggerakkan DPMP ialah Saudara Jaafar Husain yang menghasilkan novel Kebenaran
dan Arman Sani, yang sangat produktif dalam bidang penulisan novel dan cerpen.
Selepas Mohd. Taib Akil meninggal, DPMP dipimpin oleh Saudara Jaafar
Husain dan Drs. Abdul Rahman Zainal Abidin serta kawan-kawan di Temerloh. Pada
zaman ini mereka trelah berjaya menerbitkan Majalah Pedoman. Ini semua berlaku pada
awal dan pertengahan tahun 60-an. Pada masa itu kegiatan banyak tertumpu kepada
usaha meningkatkan kebolehan menulis. Aktiviti ini diikuti dengan mengedakan
kegiatan perbengkelan, khusus untuk membimbing bakat-bakat muda di kalangan ahli.
Selain daripada itu kegiatan berbentuk ceramah sastera, kursus penulisan turut
diadakan. DPMP seringkali menjemput tokoh-tokoh dari Kuala Lumpur seperti Keris
Mas, A. Samad Ismail, 1. U. Nasution, Hadzrami A.R., Usman Awang, Abu Hassan
Sham, Kemala, dan Abdullah Hussein sebagai penceramah di dalam bengkel dan kursus
anjurannya.
Kegiatan mermmpm para penulis muda ini terus menerus menjadi agenda
kegiatan DPMP. Kegiatan ini dijalankan hampir semua daerah di Pahang, iaitu
Temerloh, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong.
Perlembagaan DPMP yang berorientasi kegiatan berpusat telah dipinda bagi
membolehkan penubuhan cawangan di setiap daerah. Kaedah ini difikirkan boleh
memperkasakan lagi DPMP. Pindaan perlembagaan ini dilaksanakan semasa DPMP
dipimpin oleh YM Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid. Sehubungan dengan itu,
pentadbiran DPMP dipindahkan dari Temerloh ke Kuantan dengan Setiausahanya
Rahman Haji Yusof, seorang penulis yang mula menyerlahkan bakatnya dalarn genre
cerpen dan novel.
|
|---|