Pendokumentasian Karya-Karya Pak Sako dan Pemikiran Pembangunan Bangsa
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan ka...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/327/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/327/1/Talib%20Samat%20%26%20Azhar%20Wahid%20-%20Pendokumentasian%20karya-karya%20Pak%20Sako%20dan%20Pemikiran%20Pembangunan%20Bangsa.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah
sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan
komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri
dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad
yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973.
Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi
Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya
novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua
oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi.
Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil
daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri
menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985.
Novel ini sememangnya telah lama disuarakan oleh pelbagai pihak di negara ini agar
dijadikan buku teks sastera tetapi belum menjadi kenyataan sehinggalah riuh-rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia mahu memperkenalkan pengajaran sastera dalam
Bahasa Melayu khususnya sewaktu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menjadi
Menteri Pendidikan. |
|---|