Nilai-nilai Perwatakan Melayu Dalam Imej Warna: Satu penelitian Etnografi Seni
Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama, diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-ab...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/356/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/356/1/Achmad%20Sopandi%20Hj%20Hassan%20-Nilai-nilai%20Perwatakan%20Melayu%20Dalam%20Imej%20Warna.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dalam masyarakat Melayu penggunaan warna biasanya dijumpai dalam pelbagai
artifak. Warna alam semula jadi lebih banyak digunakan untuk bahan pewama,
diperolehi daripada bahan pewama yang ‘mesra alam’ yang sebati dengan kehidupan
seharian masyarakat Melayu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu,
malah dipercayai wujud dari zaman prasejarah lagi. Orang Melayu pada zaman
dahulu mengambil berat tentang nilai-nilai dan perwatakan warna. Warna digunakan
rneluas dalam masyarakat Melayu, imej dap satu warna menurut kepercayaan,
pengguna akan aman damai dan jauh dari malapetaka. Warna tradisional tempatan
ialah satu warisan milik orang Melayu yang memiliki makna dan nilai-nilai yang
melibatkan cara hidup, ekonomi, alam persekitaran. Dari faktor ini lahimya pelbagai
bentuk kraftangan dan artifak tradisional Melayu. Dalam penggunaan warna
trad sional Melayu, pandai tukang memainkan peranan yang penting. Warna wujud
kerana keperluan kehidupan seperti untuk berkomunikasi, adat istiadat, upacara dan
pengobatan. Mengikut kepercayaan orang Melayu, pemilihan warna alam semula jadi
merupakan perkara utama. Terdapat juga setengah masyarakat dahulu menggunakan
warna untuk perobatan. Masyarakat zaman prasejarah menggunakan warna sebagai
perhubungan dengan semangat, roh dan menceritakan peristiwa perburuan,
kehidupan, penggambaran serta menggunakan warna tertentu untuk perubatan. Diana
Brown (1997) menyatakan manusia pada zaman itu menggunakan bahan tanah liat
sebagai warna pigmen yang dicampurkan dengan iemak binatang sebagai media
perubatan. Keindahan dan kehalusan seni wama ini terletak pada adunan sempuma
ekstrak tumbuhan dari permukaan bumi Melayu dan sumber galian yang memberikan
prestasi paling tinggi untuk pengeluaran produk bermutu, jelas ini memaparkan
tamadun dan budaya serta ketinggian aras pemikiran masyarakat silam. Menurut Siti
Zainon (2000), wama merupakan amalan yang telah diamalkan sejak permulaan
tamadun manusia lagi yang merupakan seni penggunaan ekstrak daripada tumbuhtumbuhan
untuk pelbagai keperluan hidupan harian, sebagai media komunikasi untuk
menyampaikan pesan suci dan perubatan masyarakat Melayu lama. Dari seg!
estetiknya, terdapat perhubungan antara artistik dan kreativiti bahasa tampak (visual
Icingguage) masyarakat Melayu ketika itu. Minat dan tingkah laku masyarakat Melayu
yang kreatif, penggunaan wama berlaku dalam konteks aktiviti-aktiviti seni. Pada
masa yang sama mereka berkeupayaan menggunakan seni wama untuk perubatan dan
upacara-upacara ritual. Ini menunjukkan bahawa penggunaan wama itu sangat
penting dalam penghasilan karya seni masyarakat Melayu. |
|---|