Perkembangan Teknologi & Perubahan Nilai kekeluargaan Melayu
Intipati perbincangan dalam kertas kerja ini berkisar pada sejauhmana nilai-nilai kekeluargaan Melayu mengalami perubahan akibat perkembangan teknologi. Adakah nilai-nilai utama dalam masyarakat Melayu, khususnya nilai-nilai kekeluargaan akur kepada kehendak dan perubahan teknologi, atau sebalikn...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/384/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/384/1/Perkembangan%20Teknologi%20%26%20Perubahan%20Nilai%20kekeluargaan%20Melayu%20-Yaacob%20Harun.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Intipati perbincangan dalam kertas kerja ini berkisar pada sejauhmana nilai-nilai
kekeluargaan Melayu mengalami perubahan akibat perkembangan teknologi.
Adakah nilai-nilai utama dalam masyarakat Melayu, khususnya nilai-nilai
kekeluargaan akur kepada kehendak dan perubahan teknologi, atau sebaliknya
adakah nilai-nilai itu dapat bertahan walaupun masyarakat Melayu kini berdepan
dengan arus perubahan teknologi yang pesat.
TEKNOLOGI DAN BUDAYA: ASAS TEORI
Mengikut pendokong teori “technological determinism” seperti Leslie White, Marx,
McLuhan, Ogbum, dan lain-lain, perubahan teknologi mengakibatkan perubahan
pada masyarakat dan budaya 1 Dalam masyarakat di mana tahap perkembangannya
teknologinya tinggi seperti masyarakat peridustrian, maka tahap - keniajuan
masyarakat dan budaya dalam masyarakat tersebut juga tinggi, begitu juga
sebaliknya. Mengikut teori ini, struktur dan organisasi masyarakat, termasuk
falsafah, pengetahuan, dan nilai sentiasa akur kepada perubahan teknologi, malah
tunduk kepada kehendak dan perubahan teknologi, Seperti kata Ron Westrum
(1991), “ the very structure of our society is related to the kind o f technologies that
we have”. Sebagai contoh, falsafah dan nilai kerjasama seperti terdapat dalam
masyarakat pertanian (di mana tingkat teknologinya rendah), tidak lagi dapat
dipertahankan dalam masyarakat perindustrian moden (yang berasaskan kemajuan
teknologi). Dalam masyarakat teknologi (technological society), falsafah dan nilainilai
individualistis menjadi kelaziman.
Apabila teknologi menjadi penentu kepada sistem budaya, maka wujud apa yang
dikatakan budaya-tekno (techno-culture). Masyarakat yang dilanda oleh budaya telcno
dikatakan masyarakat yang non-normatif, maksudnya, masyarakat yang tidak
berlandaslcan kepada sistem norma (normless society). Struktur masyarakat seperti
ini adalah sesuatu yang cair (fluid social structure) yang berubah mengikut
perubahan komponen utama, iaitu komponen teknologikal, dalam masyarakat
tersebut. |
|---|