Ka, an Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutam...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Published: |
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/397/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/397/1/Kajian%20Keberkesanan%20Pelaksanaan%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Pendidikan%20Seni%20Visual%20KBSR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang
Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini
juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar
belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan
kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping
itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap Pendidikan Seni Visual.
Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di
sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan
Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan
sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji
meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan
interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t,
ANOVA Sehala, dan Korelasi Pearson) telah digunakan untuk menganalisis data.
Analisis kajian ini mendapati (a) sebahagian besar responden beranggapan
keempat-empat kategori kompetensi yang telah dikenal pasti sangat diperlukan
oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual; (b) sebahagian besar responden
menganggap mereka memiliki tahap kompetensi sederhana tinggi sebagai guru
Pendidikan Seni Visual dalam setiap kompetensi; (c) terdapat perbezaan yang
signifikan pada tahap kompetensi dalam keempat-empat kategori yang ditetapkan
di antara kumpulan responden berasaskan ciri-ciri latar belakang seperti
kelulusan, pengalaman, jantina, gred dan lokasi sekolah; (d) wujud hubungan
signifikan di antara kompetensi yang dianggap perlu dan tahap kompetensi yang
dimiliki dalam kategori perancangan pengajaran; (e) kompetensi dalam kategori
pelaksanaan P & P dianggap oleh responden sebagai yang paling tinggi. Kajian mencadangkan agar kursus dan latihan sebelum perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan ditingkatkan supaya kompetensi mereka dalam bidang tersebut
dapat dipertingkatkan. Senarai kompetensi yang telah dikaji boleh digunakan
sebagai kriteria atau panduan dalam melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual
yang opsyen dan juga yang bukan opsyen. Akhir sekali, kurikulum Pendidikan
Seni Visual visual perlu disemak semula untuk merealisasikan hasrat untuk
melihat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seiring dengan tuntutan
globalisasi. |
|---|