Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan m...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Book Section |
| Published: |
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
2006
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/413/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/413/1/Penggunaan%20Pengangkutan%20Jalan%20Raya%20dan%20Keselamatan%20Pelajar%20Sekolah%20-%20Kajian%20Kes%20di%20Majlis%20Daerah%20Tanjong%20Malim.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan
pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang
Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van
sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis
daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini
melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim
dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri
daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan
adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji
selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada
keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah
perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung
jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku
perkara-perkara seperti pelajar turun bas secara tergesa-gesa, tidak sopan semasa
berada di dalam bas, mengganggu tumpuan pemandu bas, dan jumlah penumpang
yang melebihi muatan pada situasi sederhana. Walau bagaimanapun, terdapat juga
perlakuan-perlakuan negatif segolongan pelajar yang mengancam keselamatan
diri pelajar sendiri dan mengganggu ketenteraman penumpang lain terutamanya
pelajar perempuan. Merujuk kepada analisis keadaan basikal, kajian mendapati
basikal-basikal pelajar adalah antara tahap baik ke tahap sederhana di mana
terdapat kekurangan dari segi penjagaan lampu dan loceng basikal. Didapati 100
peratus pelajar yang berbasikal tidak menggunakan topi keledar keselamatan.
Hasil kajian juga mendapati pelajar tidak berpuas hati dengan keadaan lalu lintas
di mana kurang kerjasama diperolehi daripada pengguna jalan raya yang lain.
Daripada keseluruhan hasil kajian, kesimpulan yang dapat dibuat ialah lorong-lorong khas di jalan raya bagi pelajar yang berbasikal perlu disediakan. Di
samping itu, pendidikan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jalan raya,
sama ada menaiki bas atau menunggang basikal perlu dipergiatkan. |
|---|