Keberkesanan Penggunaan Buku Cerita Bergambar yang Telah ditetapkan Tahap Bacaannya Bacaannya Terhadap Peningkatan Terhadap Peningkatan Tahap Bacaan Kanak-kanak

Bahan bacaan perlu disesuaikan dengan tahap pembacaan kanak-kanak agar kanakkanak mudah dan berminat untuk membaca. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di tadika terdapat kanak-kanak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Isa, Zainiah
Format: Monograph
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2009
Subjects:
Online Access:http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/426/
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/426/1/KEBERKESANAN%20PENGGUNAAN%20BUKU%20CERITA%20BERGAMBAR%20YANG%20TELAH%20DITETAPKAN%20TAHAP%20BACAANNYA%20TERHADAP%20PENINGKATAN%20TAHAP%20BACAAN%20KANAK-KANAK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan bacaan perlu disesuaikan dengan tahap pembacaan kanak-kanak agar kanakkanak mudah dan berminat untuk membaca. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di tadika terdapat kanak-kanak yang berbeza tahap pembacaannya iaitu tahap pembaca baru (tahap 1), pembaca awal (tahap 2) dan pembaca maju (tahap 3); perlulah disediakan buku-buku bagi pembaca di tahap-tahap tersebut Oleh itu kajian eksperimen ini ingin melihat kesan penggunaan buku cerita yang telah diperingkatkan untuk pembaca tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 terhadap pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Sebanyak 40 sampel kanakkanak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak. Buku cerita dibacakan secara kuat kepada kanak-kanak selama 15 mint sehari selama 5 minggu. Hasil dapatan secara peratusan dan ujian t menunjukkan perbezaan di antara kumpulan rawatan dan kawalan dari segi tahap pemunculan literasi. Dapatan secara keseluruhan bagi Peningkatan Pemunculan Literasi Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu bagi tahap 1 (0.015), tahap 2 (0.000) dan tahap 3 (.004). Tahap 1 menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding dengan tahap 3 iaitu menunjukkan membaca buku yang diperingkatkan dapat memberikan kesan kepada pembaca tahap 1 dan 3. Akan tetapi bagi tahap 2 kajian ini tiada menunjukkan kesan yang signifikan kepada pembaca tahap ini.