Kata Bantu Bahasa Melayu : Analisis Data Korpus Berkomputer

Penyelidikan ini meneliti permasalahan kata bantu bahasa Melayu. Menurut penahu bahasa Melayu, kata bantu berfungsi sebagai keterangan masa bagi kata kerja. Bagaimanapun, kehadiran kata bantu sering menimbulkan masalah lewah. Misalnya, ayat "Saya dilahirkan di Ipoh" tidak perlu diujark...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaari, Mohd Raa'in
Format: Monograph
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2009
Subjects:
Online Access:http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/445/
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/445/1/KATA%20BANTU%20BAHASA%20MELAYU-ANALISIS%20DATA%20KORPUS%20BERKOMPUTER.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini meneliti permasalahan kata bantu bahasa Melayu. Menurut penahu bahasa Melayu, kata bantu berfungsi sebagai keterangan masa bagi kata kerja. Bagaimanapun, kehadiran kata bantu sering menimbulkan masalah lewah. Misalnya, ayat "Saya dilahirkan di Ipoh" tidak perlu diujarkan sebagai "Saya telah dilahirkan di Ipoh. Kata kerja 'dilahirkan' sudah menunjukkan masa yang sudah berlalu dan kata bantu telah tidak perlu digunakan lagi. Justeru, penyelidikan ini akan meneliti fungsi dan ciri sebenar kata bantu bahasa Melayu. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji akan menggunakan teori Relevans oleh Sperber D. & Wilson D. (1999) sebagai kerangka kajian. Prinsip asas teori relevans ialah setiap manusia berkomunikasi dengan berorientasikan relevan. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, dan data korpus berkomputer Universiti Nasional Australia (secara online). Data korpus berkomputer dipilih kerana data jenis ini bersifat representatif serta dapat memaparkan penggunaan bahasa berdasarkan konteks.