Kesan Pembangunan Terhadap Persekitaran Fizikal di Bandaraya Ipoh, Perak
Penyelidikan ini melibatkan kajian kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh. Pembangunan yang diteliti melibatkan perubahan guna tanah kepada guna tanah pembandaran, perindustrian dan perkilangan, perniagaan, pertanian, penternakan dan Iain-lain aktiviti manusia dari tahu...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/455/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/455/1/KESAN%20PEMBANGUNAN%20TERHADAP%20PERSEKITARAN%20FIZIKAL%20DI%20BANDARAYA%20IPOH%2C%20PERAK.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan ini melibatkan kajian kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal di
Bandaraya Ipoh. Pembangunan yang diteliti melibatkan perubahan guna tanah kepada guna tanah
pembandaran, perindustrian dan perkilangan, perniagaan, pertanian, penternakan dan Iain-lain
aktiviti manusia dari tahun 1994 hingga 2004. Hasil kajian mendapati perubahan guna tanah
yang jelas berlaku adalah perubahan guna tanah pembandaran yang semakin bertambah.
Maklumat perubahan guna tanah ini diperolehi melalui penggunaan aplikasi sistem maklumat
geografi (GIS). Kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal yang diteliti adalah dari aspek
kualiti air, kualiti udara dan perubahan iklim bandar seperti suhu, tiupan angin dan kelembapan
udara. Hasil kajian mendapati tahap kualiti air terutama BOD, COD, SS dan NH3N begitu ketara
di bahagian tengah kawasan kajian yang merupakan kawasan pembandaran iaitu sebagai pusat
bandaraya. Faktor peningkatan perubahan guna tanah pembandaran di bahagian pinggir bandar
Ipoh menjadikan segala bahan kelodak dan mendakan dibawa oleh aliran sungai ke bahagian
tengah Bandaraya Ipoh melalui sistem saliran utama iaitu Sungai Kinta. Hasil pemetaan guna
tanah pembangunan dan kualiti air di Ipoh melalui aplikasi GIS menunjukkan status kualiti air
secara in-situ merosot berdasarkan kepada paramter pencemar air mengikut perubahan guna
tanah di kawasan kajian. Selain itu, isu perubahan iklim sering kali dirujuk melalui perubahan
iklim bandar khususnya perubahan suhu bandar Ipoh. Hasil kajian mendapati suhu maksimum di
Ipoh semakin meningkat sejak 1990 lagi dan semakin jelas selepas tahun 2000 sehingga
mencecah 37.5 oC pada tahun 2002 berbanding 35.2°C tahun 1984. Kadar kelembapan relatif
juga menunjukkan julat yang ketara di mana kadar kelembapan 82.3% tahun 1995 berbanding
hanya 78% pada tahun 2005.Fenomena ini memerlukan perhatian serius bagi pihak yang
berwajib bertindak dalam menyederhanakan suhu bandar Ipoh melalui pembangunan lestari.
Hasil kajian juga mendapati kadar pencemaran udara di Ipoh masih terkawal namun tahap
pencemaran habuk amat ketara terutama di kawasan pinggir Ipoh disebabkan banyaknya aktiviti
pemecahan kuari. Tahap pencemaran masih mematuhi standard kualiti udara Malaysia iaitu
Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines -
kurang dari 150 u.g/m3). Hasil dapatan mendapati kesemua lokasi stesen pencerapan secara insitu
menunjukkan bacaan parameter seperti SO2, NO2, CO dan PM10 berada dalam lingkungan
yang sesuai dan tidak melebihi standard yang disyorkan. |
|---|