Model penghayatan keibubapaan Islam satu kajian ke atas keluarga muslim
Kajian ini bertujuan membina satu model penghayatan keibubapaan Islam bagi keluarga Muslim. Selain itu membina soalselidik penghayatan keibubapaan Islam dan mengetahui tahap penghayatan keibubapaan Islam mengikut empat pembolehubah iaitu lokasi, status, tempoh perkahwinan dan taraf pendidikan. Di...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯à®•ளà¯: | , , |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Monograph |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2009
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/457/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/457/1/MODEL%20PENGHAYATAN%20KEIBUBAPAAN%20ISLAM-SATU%20KAJIAN%20KE%20ATAS%20KELUARGA%20MUSLIM.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Kajian ini bertujuan membina satu model penghayatan keibubapaan Islam bagi
keluarga Muslim. Selain itu membina soalselidik penghayatan keibubapaan Islam
dan mengetahui tahap penghayatan keibubapaan Islam mengikut empat
pembolehubah iaitu lokasi, status, tempoh perkahwinan dan taraf pendidikan. Di
samping itu melihat perbezaan amalan awal dan amalan khusus terhadap empat
pembolehubah di atas. Seramai 372 ibubapa (bapa= 162, ibu= 209) telah dipilih.
Persampelan rawak berstrata dan rawak mudah dipilih. Data dianalisis
menggunakan peratusan, min dan sisishan piawai, fruenkensi, Ujian t, Pearson R
dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian telah menghasilkan satu model
penghayatan keibubapaan Islam yang mempunyai tiga komponen iaitu input
(kefahaman), output (amalan) dan mardhatillah (matlamat). Soalselidik terbahagi
kepada ilmu kekeluargaa Islam, amalan awal dan amalan khusus keibubapaan
dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian ini
menghasilkan satu profil penghayatan keibubapaan mengikut empat
pembolehubah. Dapatan kajian juga mendapati perbezaan yang signifikan bagi
amalan awal dan amalan khusus keibubapaan mengikut empat pembolehubah.
Dapatan menunjukkan ibu dan kumpulan berpendidikan sederhana lebih banyak
melakukan amalan awal berbanding bapa dan kumpulan lain. Dapatan
menunjukkan ibu lebih mementingkan pendidikan emosi dan intelektual
berbanding bapa. Kumpulan ibu bapa di bandar lebih mementingkan pendidikan
akidah, ibadah, sosial, emosi dan intelektual berbanding ibu bapa yang tinggal di
luar bandar. Kumpulan ibu bapa yang mempunyai perkahwinan lebih dari 16
tahun lebih pentingkan pendidikan akhlak berbanding kumpulan lain. Kumpulan
ibu bapa yang mempunyai perkahwinan 6-10 tahun lebih mementingkan
pendidikan emosi, intelek, jasmani dari kumpulan lain. Kumpulan ibu bapa yang
mempunyai pendidikan tinggi lebih mementingkan pendidikan aqidah dari
kumpulan lain. Implikasi dan cadangan turut dibincangkan. |
|---|