Kajian hidrologi di kawasan kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ciri-ciri hidrologi amat perlu apabila sesuatu kawasan di dalam lembangan sungai dibangunkan kerana ia berkait dengan ketersediaan dan keberterusan sumber dan bekalan air. Apabila kawasan baharu dibangunkan, tumpuan seharusnya diberikan kepada aspek saiz sungai, kapasiti sungai, dan penyed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Ngah, Mohamad Suhaily Yusri, Nayan, Nasir, Hashim, Mohmadisa, Dziauddin, Mohd Faris
Format: Monograph
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010
Subjects:
Online Access:http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/461/
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/461/1/KAJIAN%20HIDROLOGI%20DI%20KAWASAN%20KAMPUS%20SULTAN%20AZLAN%20SHAH%20UPSI.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ciri-ciri hidrologi amat perlu apabila sesuatu kawasan di dalam lembangan sungai dibangunkan kerana ia berkait dengan ketersediaan dan keberterusan sumber dan bekalan air. Apabila kawasan baharu dibangunkan, tumpuan seharusnya diberikan kepada aspek saiz sungai, kapasiti sungai, dan penyediaan longkang-longkang dan parit untuk mengatasi masalah lebihan air atau air ribut ekoran peningkatan air larian di kawasan tadahan. Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) berada dalam kawasan sublembangan Sungai Keroh (31.6 km2) di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai sistem saliran pada peringkat orde 1 hingga orde 3. Kawasan ini merupakan kawasan punca air bagi sistem sungai di bahagian bawah sub-lembangan termasuk Sungai Behrang. Dalam proses pembangunan tanah tahun 1994, banyak alur-alur atau anak-anak sungai kecil telah ditimbus. Kejadian hakisan dan pemendapan berlaku dengan aktif dalain sistem saliran sekitarnya. Pemendapan yang berterusan telah menghadkan kapasiti air dalam sistem saliran. KSAS menerima hujan tahunan yang sangat tinggi (melebihi 2400 mm) dan boleh menyumbang kepada pengekalan sumber air dalam sistem saliran menerusi penuaian air hujan. Intensiti hujan yang tinggi juga turut menyumbang kepada kejadian hakisan permukaan yang serius dalam KSAS sebelum ini. Tindakan hakisan telah membentuk banyak galur dan galir selain menghilangkan kesuburan tanah. Langkah-langkah pengekalan saliran semulajadi dan penambaikan terhadap saliran baharu dapat membantu mengawal hakisan dan mengekalkan kapasiti air dalam KSAS. Perancangan pembangunan bersepadu dan kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi memastikan KSAS dipelihara dan dipulihara dari aspek kesejahteraan persekitaran.