Kecenderungan graduan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya
Menyedari hakikat pentingnya sumbangan keusahawanan ke atas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memperhebatkan usaha mempromosikan dan membudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat terutarnanya golongan muda. Ekoran daripada itu, bilangan usahaw...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/472/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/472/1/KECENDERUNGAN%20GRADUAN%20UNTUK%20MENCEBURI%20BIDANG%20PERNIAGAAN%20SEBAGAI%20KERJAYA.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Menyedari hakikat pentingnya sumbangan keusahawanan ke atas pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk
memperhebatkan usaha mempromosikan dan membudayakan keusahawanan di
kalangan masyarakat terutarnanya golongan muda. Ekoran daripada itu, bilangan
usahawan yang memulakan perniagaan pada usia yang lebih muda di Malaysia
semakin meningkat. Malahan, ada juga di kalangan mereka ini yang memiliki
kelayakan pendidikan yang lebih tinggi. Meskipun begitu, laporan akhbar di sekitar
tahun 2005 menunjukkan bilangan pengangguran di kalangan graduan adalah cukup
tinggi. Timbul satu persoalan di sini, adakah para graduan tersebut tidak langsung
berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan mengharapkan keijaya makan gaji
semata-mata? Sehubungan itu, bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menarik
minat graduan untuk bekeija sendiri, kajian ini cuba menilai faktor-faktor yang
memotivasikan usahawan graduan untuk memilih perniagaan sebagai kerjaya. Data
untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diubah suai
daripada Entrepreneurial Profile Questionnaire (EPQ). Sampel kajian yang terdiri
daripada 1000 orang usahawan dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata
daripada senarai usahawan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MECD). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan ujian Chi-square. Dapatan kajian mendedahkan bahawa faktor utama
yang mendorong graduan memilih perniagaan sebagai keijaya adalah apabila mereka
merasakan bahawa mereka telah cukup bersedia daripada aspek pengetahuan dan
pengalaman. Selain itu, dapatan turut menunjukkan bahawa faktor bukan kewangan
dan faktor tarikan lebih memberikan impak yang signifikan berbanding faktor
kewangan mahupun faktor desakan. Justeru, bagi menggalakkan graduan memilih
perniagaan sebagai kerjaya, bidang keusahawanan haruslah menjadi satu bidang yang
menarik untuk diceburi. |
|---|