Kajian terhadap kompetensi pensyarah menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian (PDT) di pusat pengajian tinggi
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kompetensi pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian (PDT). Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti elemen PDT, sokongan institusi dan pengalaman pensyarah menggunakan pendekatan PDT dalam proses pengajara...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/498/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/498/1/KAJIAN%20TERHADAP%20KOMPETENSI%20PENSYARAH%20MENGGUNAKAN%20PENDEKATAN%20PEMBELAJARAN%20DALAM%20TALIAN%20%28PDT%29%20DI%20PUSAT%20PENGAJIAN%20TINGGI.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kompetensi pensyarah di Pusat Pengajian
Tinggi menggunakan pendekatan pembelajaran dalam talian (PDT). Objektif kajian ini
ialah untuk mengenal pasti elemen PDT, sokongan institusi dan pengalaman pensyarah
menggunakan pendekatan PDT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian boleh digunakan untuk membantu IPTA mengenal pasti masalah pelaksanaan PDT
dan merancang penggunaan PDT sebagai satu pendekatan alternatif kepada pendekatan
konvensional. Sampel kajian terdiri dari 60 pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) menggunakan SPP MyGuru dan 50 pensyarah Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) menggunakan sistem SPP Blackboard. Data di analisis menggunakan
SPSS versi 12.0. Statistik min, frekuensi dan korelasi Spearman telah digunakan untuk
menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi pensyarah dalam
kemahiran asas teknikal dan operasi serta penggunaan LMS adalah pada tahap sederhana.
Pensyarah yang mempunyai pengalaman mengajar lebih 2 tahun mempunyai kompetensi
yang lebih tinggi dalam kemahiran teknikal dan operasi dan dalam pengajaran dan
pembelajaran berbanding pensyarah yang mempunyai kurang 2 tahun pengalaman. Selain
itu, wujud hubungan antara kemahiran teknikal dan operasi dengan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian, hubungan yang signifikan antara elemen penting PDT dengan
kemahiran teknikal dan operasi pensyarah serta pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
setiap pensyarah seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas komputer dan
sistem telekomunikasi dan kemahiran pedagogi dalam talian menggunakan SPP bagi
membantu mereka menggunakan pendekatan PDT dalam pengajaran dan pembelajaran. |
|---|