Peranan Pengarang Tradisi dalam Melahirkan Masyarakat Pemikir

Dalam sistem sastera Melayu tradisi, tidak terdapat istilah yang khusus mengenai makna kepengarangan kerana ia membawa maksud yang berbeza dengan sistem kepengarangan sastera Melayu moden. Dalam sistem sastera Melayu tradisi, makna kepengarangan itu boleh dibezakan dengan peranan pencerita. Berdas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Dr .Norazimah
Format: Article
Published: Procedia - Social and Behavioral Sciences (2014) 2014
Subjects:
Online Access:http://authors.elsevier.com/sd/article/S1877042814031577
http://authors.elsevier.com/sd/article/S1877042814031577
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/560/1/Peranan%20Pengarang%20Tradisi%20dalam%20Melahirkan%20Masyarakat%20Pemikir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam sistem sastera Melayu tradisi, tidak terdapat istilah yang khusus mengenai makna kepengarangan kerana ia membawa maksud yang berbeza dengan sistem kepengarangan sastera Melayu moden. Dalam sistem sastera Melayu tradisi, makna kepengarangan itu boleh dibezakan dengan peranan pencerita. Berdasarkan kesedaran diri sastera Melayu tradisi, seseorang pengarang itu berfungsi berdasarkan peranan penceritaannya yang mana setiap karya yang dihasilkan mestilah berlandaskan kepada kesedaran mereka tentang sistem sastera Melayu tradisi. Pengarang sastera tradisi boleh sahaja memilih untuk melahirkan karya yang bersifat “soothing text” iaitu karya yang boleh melekakan, melalaikan, menghiburkan ataupun karya yang bersifat “benefecial text” iaitu karya yang dapat mendidik akal, minda dan jiwa pembaca serta tidak bersifat melalaikan atau penuh nilainilai hiburan semata-mata. Makalah ini akan membincangkan peranan pencerita dagang di bahagian kepengarangan Melayu tradisi berdasarkan model Koster mengenai Idea Buku (Braginsky, 1998). Menyingkap teks sastera sejarah, terakam di dalamnya perihal dunia politik yang amat rencam. Penuh di dalamnya rakaman peristiwa yang boleh menjadi panduan dan pedoman untuk masyarakat kini.Walaupun zaman telah berubah, tetapi lipatan sejarah harus dibuka, diingati, dihayati dan dipelajari supaya manusia pada hari ini boleh mengulang zaman kegemilangan Melayu dahulu melalui formula yang telah tersedia ada dalam teksteks sastera sejarah. Ia juga wajar dihayati supaya manusia kini tidak mengulang kembali kesilapan yang boleh menghancurkan bangsa sendiri. Masyarakat kini yang tidak memahami sastera sejarah sering mempunyai salah tafsiran terhadap teks ini. Mereka bersikap objektif dalam meletakkan hasil teks sastera sejarah seperti mana yang telah dilakukan oleh pengakaji-pengkaji barat yang terdahulu. Sastera sejarah terdiri daripada bentuk cerita, prosa dan puisi. Di antara beberapa contoh teks sastera sejarah ialah Sejarah Melayu (1996), Tuhfat Al Nafis (1982).