GEOMETER SKETCHPAD: PENGGUNAANNYA DI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di se...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/620/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/620/1/GEOMETER%20SKETCHPAD%20PENGGUNAANNYA%20DI%20DALAM%20PEMBELAJARAN%20MATEMATIK%20TAMBAHAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian
Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya
sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan
mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan
GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian
Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu.
Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka
penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah
sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian
menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan
tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji
dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan
geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru.
Prototaip ini mengandungi lima bahagian utama: Tutorial, Penyelesaian Masalah,
Ujian, Rujukan dan Bantuan. Kajian awal mendapati 66.6% pelajar berpendapat
bahawa multimedia interaktif adalah perlu di dalam topik ini dan video klip dapat
membantu meningkatkan kefahaman mereka. Pakej perisian ini adalah merupakan
suatu projek awal untuk mengenal pasti kelebihan aplikasi GSP di dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan. Oleh itu masih terdapat ruang
untuk pembaikan agar perisian ini akan lebih 'mesra pengguna' dan seterusnya
dapat membantu pengguna untuk lebih faham dalam sesuatu topik. |
|---|