KESEDARAN DAN KOMITMEN PENDIDlKAN PEMBANGUNAN LESTARI DALAM KOMUNITI SEKOLAH MENERUSI PROGRAM SEKOLAH LESTARI DlMALAYSIA
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Ke...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/621/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/621/1/KESEDARAN%20DAN%20KOMITMEN%20PENDIDIKAN%20PEMBANGUNAN%20LESTARI%20DALAM%20KOMUNITI%20SEKOLAH%20MENERUSI%20PROGRAM%20SEKOLAH%20LESTARI%20DI%20MALAYSIA.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan
lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan
ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesedaran merangkumi
domain pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan kandungan ESD, pengetahuan
amalan ESD, sikap ESD dan tingkah laku ESD. Kaedah kajian yang digunakan ialah
kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual).
Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 447 orang pelajar, 247 orang guru dan 245
orang ibuJbapa/penjaga. Manakala sampel kajian kualitatif terdiri daripada 12 orang
guru. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan
pemboleh ubah dan statistik inferensi iaitu ujian t, ANOVA, korelasi Pearson, regresi
berganda, ujian model persamaan struktural (Structural Equation Modeling-SEM)
digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil kajian menunjukkan (i) tahap kesedaran
ESD berbeza mengikut domain bagi guru, pelajar dan ibu/bapa/penjaga manakala
tahap komitmen ESD pelajar dan guru pada tahap sederhana manakala
ibu/bapa/penjaga mempunyai komitmen ESD pada tahap tinggi. (ii) Profil latar
belakang turut memberi kesan yang berbeza terhadap kesedaran dan komitmen ESD
guru, pelajar dan ibu/bapa/penjaga. (iii) Ujian korelasi menjelaskan bahawa wujudnya
hubungan yang signifikan antara domain. (iv) Analisis SEM ke atas pelajar mendapati
pengetahuan amalan ESD, pengetahuan Program SLAAS dan sikap ESD memberi
sumbangan yang signifikan ke atas tingkah laku ESD secara langsung. Bagi guru,
pengetahuan amalan ESD dan sikap ESD memberi sumbangan yang signifkan ke atas
tingkah laku ESD. Sebaliknya pengetahuan Program SLAAS memberi kesan yang
signifikan secara tidak langsung jika melalui pengetahuan kandungan ESD dan sikap
ESD ke atas tingkah laku ESD guru. Hasil ujian SEM membantu laluan pembentukan
model kesedaran ESD. Justeru, model kesedaran ESD ini boleh dijadikan petunjuk
dalam usaha mengubah dan meningkatkan kesedaran ESD. Penemuan kajian ini juga
membuktikan Program SLAAS yang dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang
lebih berjaya dan perlu diteruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
sebagai satu Indeks Prestasi Utama (KP1) yang memberi kesan langsung terhadap
usaha meningkatkan kesedaran dan komitmen ESD warga sekolah. |
|---|