PEMBANGUNAN MODEL PENCAPAIAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada resp...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/643/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/643/1/PEMBANGUNAN%20MODEL%20PENCAPAIAN%20MATEMATIK%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR%20TINGKATAN%20EMPAT.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian
matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah
Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah
tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada responden dari
pangkalan data sekolah. Sebanyak 217 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan
diuji kebolehpercayaan dan kesahan melalui kaedah bahagi-dua dan nisbah kesahan
kandungan. Model pencapaian matematik dibangunkan melalui kaedah kuasa dua
terkecil separa (KTS) dengan menggunakan perisian VPLS1.04. Kaedah ini dipilih
kerana KTS amat sesuai digunakan apabila andaian taburan normal bagi data tidak
dapat dipenuhi. Keputusan bagi kebolehpercayaan pemboleh ubah pendam adalah di
antara 0.7 hingga 0.9. Manakala bagi nilai purata varians terekstrak (PVT) melebihi
nilai yang ditetapkan iaitu 0.5. Ia membuktikan penerimaan model pencapaian
matematik yang dibangunkan. Keputusan analisis pemodelan KTS menyokong
kesesuaian model yang dibangunkan dengan kesemua pekali regresi adalah signifikan.
Model pencapaian matematik yang dibangunkan memberi satu panduan kepada
pembuat dasar dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
matematik. |
|---|