STRATEGI CAMPURAN PEMASARAN DAN HUBUNGANNYA DALAM PEMILIHAN PRODUK GADAIAN ISLAM AR-RAHNU YaPEIM
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara strategi campuran pemasaran ke atas pelanggan dalam pemilihan produk gadaian Islam Ar-Rahnu YaPEIM. Elemenelemen campuran pemasaran iaitu produk, harga, tempat dan promosi merupakan perkara penting yang menjadi asas bagi sesuatu perniagaan sama...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/647/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/647/1/STRATEGI%20CAMPURAN%20PEMASARAN%20DAN%20HUBUNGANNYA%20DALAM%20PEMILIHAN%20PRODUK%20GADAIAN%20ISLAM%20AR-RAHNU%20YaPEIM.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara strategi campuran pemasaran ke
atas pelanggan dalam pemilihan produk gadaian Islam Ar-Rahnu YaPEIM. Elemenelemen
campuran pemasaran iaitu produk, harga, tempat dan promosi merupakan
perkara penting yang menjadi asas bagi sesuatu perniagaan sama ada berbentuk
pengeluaran mahupun perkhidmatan. Sampel kajian melibatkan seramai 768 orang
pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM di tiga buah cawangan di Kuala Lumpur. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik bagi menilai kaitan antara pemilihan produk
gadaian Islam dengan keberkesanan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan
oleh pihak YaPEIM. Kajian turut melihat faktor penerimaan produk gadaian Islam ini
dari segi demografi iaitu jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan, status pekerjaan
dan pendapatan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi melalui perisian statistik. Hasil kajian mendapati hanya faktor jantina yang
tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dalam mempengaruhi pelanggan untuk
memilih gadaian Islam manakala faktor-faktor demografi lain seperti umur, agama,
bangsa, tahap pendidikan, status pekerjaan dan pendapatan didapati mempunyai
perbezaan yang signifikan dalam mempengaruhi pelanggan untuk memilih gadaian
Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan kesemua elemen campuran pemasaran yang
digunakan mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pemilihan
pelanggan terhadap gadaian Islam di Ar-Rahnu YaPEIM. Ini jelas menunjukkan
strategi campuran pemasaran yang dijalankan oleh Ar-Rahnu YaPEIM amat penting
dalam mempengaruhi pemilihan pelanggan mereka. |
|---|