PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK
Perubahan atmosfera bandar boleh menyebabkan masalah terhadap penduduk bandar. Kepesatan pembandaran telah mengubah persekitaran atmosfera bandar dan memberi impak negatif terhadap penduduk. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti proses pembandaran; menilai perubahan atmosfera bandar; dan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/655/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/655/1/PEMBANDARAN%2CPERUBAHAN%20ATMOSFERA%20BANDAR%20DAN%20PERSEPSI%20MANUSIA%20DI%20BANDARAYA%20IPOH%2CPERAK.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perubahan atmosfera bandar boleh menyebabkan masalah terhadap penduduk bandar.
Kepesatan pembandaran telah mengubah persekitaran atmosfera bandar dan memberi
impak negatif terhadap penduduk. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
proses pembandaran; menilai perubahan atmosfera bandar; dan menilai kesan
perubahan atmosfera bandar terhadap penduduk melalui persepsi mereka. Kajian ini
dijalankan di kawasan MajIis Bandaraya Ipoh. Kajian ini melibatkan penggunaan data
primer dan data sekunder. Data primer diperolehi dari rentasan suhu dalam mengukur
pola suhu bandar dan soal selidik yang mengukur persepsi 540 orang responden
tentang kesan perubahan atmosfera bandar. Analisis menggunakan trend siri masa,
analisis deskriptif, analisis inferensi melalui regresi Pearson, analisis anova, anal isis
ujian t, dan analisis ujian Post Hoc Anova Tukey HSD. Hasil kajian mendapati
pembandaran pesat berlaku dengan pembukaan perrnukaan bumi bagi aktiviti
pembinaan kawasan perumahan, perniagaan dan infrastruktur. Pembandaran telah
meningkatkan jumlah kenderaan yang menyebabkan kesesakan terutama di pusat
bandar, bahagian utara, timur dan selatan Ipoh. Hasil kajian juga menunjukkan variasi
perubahan atmosfera bandar Ipoh mengalami trend yang positif terhadap perubahan
purata suhu tahunan (r=0.6), purata suhu maksimum (r=0.3), purata suhu minimum
(r=0.8) dan kelembapan bandingan (r=0.2) dan hujan (r=O.4) yang meningkat dalam
tempoh jangka panjang dari 1968-2010. Variasi perubahan suhu di kawasan industri
(Tasek) berubah secara positif (r=0.44) dan di kawasan pusat bandar turut meningkat
(FO.56). Rentasan suhu menunjukkan suhu di pusat bandar terdapat lebih tinggi
(31°C) berbanding pinggir bandar (27°C) antara jam 2000-2200 dengan Intensiti Pulau
Haba Bandar (IPHB) sebesar 4°C. Variasi pencemaran udara mendapati hanya N02
menunjukkan trend perubahan positif secara sederhana berbanding CO, S02 dan
PMIO• Hasil kajian mendapati kesemua responden mempunyai kesedaran tentang
perubahan atmosfera bandar dengan 86.7% responden menyatakan bahawa kawasan
pusat bandar Ipoh terdapat lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar. Kesedaran
tentang kesan perubahan atmosfera bandar ini dipengaruhi oleh faktor kesan
keselesaan terrna, kesihatan, penglibatan dan penyesuaian diri. Secara keseluruhannya
didapati bahawa perubahan atmosfera bandar masih ditahap sederhana, namun
penduduk di Bandaraya Ipoh sedar tentang proses pembandaran dan kesannya
terhadap perubahan persekitaran mereka. |
|---|