ANALISIS KEFAHAMAN NUMERASI MURID SEKOLAH RENDAH
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid Tahun Empat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model Peringkat Kefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsiran kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Respond...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/658/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/658/1/ANALISIS%20KEFAHAMAN%20NUMERASI%20MURID%20SEKOLAH%20RENDAH.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid Tahun
Empat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model Peringkat
Kefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsiran
kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden kajian terdiri
daripada enam orang murid Tahun Empat dipilih berdasarkan keputusan ujian
matematik bulanan iaitu dua orang bagi setiap tahap; cemerlang, sederhana dan lemah.
Kajian ini rncnggunakan rcka bentuk kualitatif di mana temu duga dijalankan bagi
mengumpul data. Siri temu duga mengandungi lima tugasan telah diberikan bagi
menentukan pcringkat kefahaman numerasi responden. Hasil kajian mendapati,
seorang murid bcrada pada peringkat aplikasi iaitu dapat menyelesaikan semua aktiviti
pembelajaran yang melibatkan konsep dan fakta matematik, memilih dan menentukan
prosedur serta bcrkemampuan memberi alasan pada setiap jawapan yang diberikan.
Tiga orang murid berada di peringkat pemerolehan pengetahuan. Keupayaan murid di
peringkat ini ialah dapat menghuraikan fakta asas, menjelaskan, mendefinisikan dan
merumuskan operasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Selebihnya adalah
murid yang bcrada di pcringkat pcntafsiran kod, di mana pada peringkat ini mereka
dapat membaca, mcmaharni, mcnyatakan terminologi matematik, menyenaraikan
istilah, mengenal pasti konsep matematik, menggambarkan dan melukis idea-idea
utama serta dapat mewakilkannya dalam bentuk rajah berdasarkan model MPKN.
Hasil kajian juga mendapati terdapat empat kesilapan utama yang berjaya dikesan
melalui aplikasi MPKN iaitu tidak memahami so alan, kegagalan membuat
transforrnasi, kesilapan kemahiran proses dan kecuaian. Kesimpulannya, MPKN
mampu mengenal pasti peringkat kefahaman numerasi dan mengesan kesilapan murid.
Kajian ini juga memberi implikasi terhadap keperluan penambahbaikan kaedah
penilaian kefahaman numerasi dalam kalangan murid di sekolah rendah melalui
MPKN. |
|---|