Adakah Jenis Fon memberi Kesan terhadap Kebolehbacaan Teks Bahasa Melayu di Laman Web?
Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari internet berbanding media bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan web...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯à®•ளà¯: | , |
|---|---|
| வடிவமà¯: | கடà¯à®Ÿà¯à®°à¯ˆ |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2011
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/676/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/676/1/Adakah%20Jenis%20Fon%20memberi%20Kesan%20terhadap%20Kebolehbacaan%20Teks%20Bahasa%20Melayu%20di%20Laman%20Web.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Membaca teks dari World Wide Web telah menjadi suatu kebiasaan kini. Ini dapat dilihat dari sudut
perubahan kecenderungan pembaca yang lebih berminat terhadap bahan dari internet berbanding media
bercetak. Mengambil kira perkembangan ini, adalah penting bagi pereka bentuk instruksi berasaskan
web memilih fon yang sesuai bagi meningkatkan tahap kebolehbacaan pelajar, terutamanya bagi blok
teks yang panjang. Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif
dan san serif kategori percetakan dan kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa
Melayu di laman web. Bagi tujuan tersebut, empat fon telah dipilih iaitu Georgia (serif) dan Verdana
(san serif) bagi kumpulan responden pertama dan Times New Roman ( serif) dan Arial (san serif) bagi
kumpulan responden kedua. Georgia dan Verdana adalah fon yang direka khusus untuk pembacaan teks
pada paparan komputer manakala Times New Roman dan Arial adalah fon yang direka khusus untuk
media bercetak. Ujian pembacaan pada skrin komputer telah dilakukan terhadap 48 orang pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan terhadap kebolehbacaan teks fon serif dan san serif kategori paparan
komputer dan kategori percetakan. Namun begitu berdasarkan min skor, fon kategori paparan komputer
mempunyai kebolehbacaan yang lebih baik berbanding fon kategori percetakan. Sehubungan itu, kajian
ini mencadangkan fon Georgia dan Verdana sebagai pilihan terbaik bagi paparan teks Bahasa Melayu
yang panjang serta mempunyai aras kesukaran yang tinggi untuk paparan di laman web. Namun, fon
Times New Roman dan Arial tetap boleh digunakan sebagai pilihan alternatif walaupun fon-fon ini
adalah dalam kategori fon media bercetak. |
|---|