PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDlKAN INDIVIDU (RPI) MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak telah banyak dinyatakan oleh kajian-kajian Iepas. Dalam konteks kajian ini, skop penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan Model Penglibatan Epstein yang mengandungi enam aspek penglibatan. Aspek-aspek penglibatan tersebut ialah keibubapaan, ko...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/705/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/705/1/PENGLIBATAN%20IBU%20BAPA%20DALAM%20PELAKSANAAN%20RANCANGAN%20PENDIDIKAN%20INDIVIDU%20%28RPI%29%20MURID%20BERKEPERLUAN%20KHAS.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak telah banyak dinyatakan
oleh kajian-kajian Iepas. Dalam konteks kajian ini, skop penglibatan ibu bapa adalah
berdasarkan Model Penglibatan Epstein yang mengandungi enam aspek penglibatan.
Aspek-aspek penglibatan tersebut ialah keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan
secara sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan bekerjasama dengan
masyarakat. Manakala, faktor sosio ekonomi yang dikaji ialah taraf ekonomi
keluarga, taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan anak. Kajian ini melibatkan 50 orang
responden ibu bapa murid berkeperluan khas yang bersekolah di Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di tiga buah sekolah di daerah Kuala Selangor. Dapatan kajian
diinterpretasikan dengan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat tahap penglibatan
mengikut aspek yang dikaji. Manakala, bagi melihat perhubungan antara faktor sosio
ekonomi dengan tahap penglibatan pula, nilai korelasi diperoleh melalui analisis
Korelasi Pearson dan Korelasi Spearman. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap
penglibatan ibu bapa dalam RPI murid berkeperluan khas secara keseluruhannya
adalah tinggi (min=3.612; s/p=0.448). Keutamaan penglibatan ibu bapa mengikut
aspek penglibatan menunjukkan bahawa aspek keibubapaan paling diutamakan
(l11in=3.828; s/p=0.415), diikuti dengan aspek komunikasi (min=3.755; s/p=O.519),
aspek memberi bantuan secara sukarela (min=3.609; s/p=0.572) dan juga aspek
pembelajaran di rumah (min=3.609; s/p=O.602) dan aspek bekerjasama dengan
masyarakat (min=3.519; s/p=O.510). Seterusnya, aspek penglibatan yang paling
rendah ialah aspek membuat keputusan iaitu hanya pada tahap sederhana sahaja
(l11in=3.352; s/p=0.535). Kajian ini juga mendapati bahawa faktor sosio ekonomi
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan ibu bapa iaitu
dengan nilai r=0.012 dan p=0.136. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa walaupun
tahap penglibatan ibu bapa secara keseluruhannya adalah tinggi namun terdapat
beberapa jenis amalan yang kurang diamalkan oleh ibu bapa dalam pelaksanaan RPI
anak mereka. Kajian ini menunjukkan implikasi bahawa dengan wujudnya tahap
penglibatan ibu bapa yang tinggi dalam RPI murid berkeperluan khas, seharusnya
para guru tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik dalam pendidikan murid-murid ini. |
|---|