EKSPLORASI PELAKSANAAN PENGAJARAN TILAWAH AL-QURAN PROGRAM j-QAF DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN MURID
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori al-Qabisi untuk mengkaji lapan komponen pelaksanaan pengajaran guru yang merangkumi objektif,...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/729/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/729/1/Eksporasi%20Pelaksanaan%20Pengajaran%20Tilawah%20Al-Quran%20Program%20j%20QAF%20Dan%20Hubungannya%20Dengan%20Pencapaian%20Murid.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran Tilawah
al-Quran program j-QAF dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah rendah
di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori al-Qabisi untuk mengkaji lapan komponen
pelaksanaan pengajaran guru yang merangkumi objektif, tahap murid, set induksi,
kaedah, alat bantu mengajar (ABM), pujian, penilaian, dan sahsiah guru. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Dua set
instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan alfa
Cronbach adalah tinggi, iaitu antara 0.757 hingga 0.913. Seramai 402 guru j-QAF dan
1,260 murid tahun lima dipilih secara rawak berstrata di lima negeri berdasarkan zon
untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 486 murid turut
terlibat dalam ujian pencapaian Tilawah al-Quran dan 10 guru pula terlibat dalam
pemerhatian kelas dan sesi temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan
inferensi menggunakan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA
sehala, korelasi Pearson, dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan
pelaksanaan pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi menurut persepsi
guru (min 3.92) dan juga persepsi murid (min 3.43). Dapatan pencapaian Tilawah al-
Quran pula berada pada tahap baik dengan skor min keseluruhan ialah 71.41. Analisis
inferensi perbezaan menunjukkan 20 hipotesis nol diterima dan 20 hipotesis nol lagi
ditolak berdasarkan lima faktor demografi guru. Analisis korelasi pula menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara lapan komponen pelaksanaan pengajaran
guru dengan pencapaian Tilawah al-Quran (nilai r antara 0.092 hingga 0.304),
manakala analisis regresi berganda membuktikan empat komponen pelaksanaan
pengajaran guru (kaedah, tahap murid, set induksi, dan ABM) memberikan
sumbangan sebanyak 15.2% kepada pencapaian Tilawah al-Quran. Implikasi dan
cadangan dikemukakan bagi memberikan input yang bermanfaat kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru, dan masyarakat dalam usaha
meningkatkan kualiti pelaksanaan pengajaran guru, dan pencapaian murid dalam
program j-QAF turut dibincangkan. |
|---|