KOMPOSISI, CIRI-CIRI DAN PEMBAHAGIAN SUMBER BAGI SURFAKTAN DALAM AEROSOL ATMOSFERA DI KUALA LUMPUR DAN BANGI, MALAYSIA
Surfaktan adalah salah satu bahan pencemar di dalam udara yang mampu mempengaruhi perubahan iklim global di samping memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan komposisi, ciri-ciri serta pembahagian sumber bagi surfaktan dalam aerosol atmos...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2015
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/740/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/740/1/KOMPOSISI%2C%20CIRI-CIRI%20DAN%20PEMBAHAGIAN%20SUMBER%20BAGI%20SURFAKTAN%20DALAM%20AEROSOL%20ATMOSFERA%20DI%20KUALA%20LUMPUR%20DAN%20BANGI%2C%20MALAYSIA.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Surfaktan adalah salah satu bahan pencemar di dalam udara yang mampu
mempengaruhi perubahan iklim global di samping memberi kesan buruk kepada
kesihatan manusia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk menentukan komposisi,
ciri-ciri serta pembahagian sumber bagi surfaktan dalam aerosol atmosfera, khususnya
di kawasan bandar (pusat bandaraya Kuala Lumpur) dan separa bandar (Bangi,
Selangor). Sampel aerosol atmosfera telah dikumpulkan dari Ogos 2010 hingga April
2011 mengikut monsun yang berbeza di Malaysia. Pensampelan aerosol dijalankan
dengan menggunakan alat pensampelan udara berisipadu tinggi (HVS), dengan kadar
alir 1.13 m3 min" untuk mendapatkan sampel zarahan halus « 1.5 11m) dan zarahan
kasar (> 1.5 urn). Selain itu, sampel zarahan dari ekzos diesel dan petrol serta sampel
debu jalan turut dikumpul. Analisis kolorimetrik telah dijalankan untuk menentukan
kepekatan surfaktan anionik sebagai sebatian aktif metilena biru (MBAS) dan
surfaktan kationik sebagai sebatian aktif disulfma biru (DBAS). Serapan ditentukan
dengan menggunakan spektrofotometer ultra lembayung boleh nampak (UV-Vis) pada
panjang gelornbang 650 nrn (MBAS) dan 628 nrn (DBAS). Di sarnping itu, komposisi
ionik bagi setiap sampel telah dikesan dengan menggunakan kromatografi ion untuk
kation (Na+, NH/, K+, Mgz+, Caz+) dan anion (P-, cr, N03-, SOl} Analisis
komponen utama (PCA) digabungkan dengan regresi linear berganda (MLR) telah
digunakan untuk rnengenalpasti pembahagian sumber bagi MBAS dan DBAS
berdasarkan komposisi ionik. Hasil kajian rnenunjukkan bahawa kepekatan surfaktan
di kedua-dua lokasi pensampelan telah dikuasai oleh MBAS berbanding DBAS untuk
sernua monsun yang dikaji. Perbandingan di antara stesen pensarnpelan rnenunjukkan
bahawa kepekatan MBAS di Kuala Lumpur adalah lebih tinggi berbanding dengan
Bangi dengan nilai 324.30 ± 18.57 dan 142.53 ± 14.92 pmol m-3 pada Monsun Barat
Daya, manakala 291.18 ± 45.20 dan 191.69 ± 13.28 pmol m" pada Monsun Timur
Laut, rnasing-rnasing. Kepekatan surfaktan dalam zarahan halus « 1.5 11m) didapati
lebih tinggi daripada zarahan kasar (> 1.5 11m). Tiga sumber utama surfaktan telah
dikenal pasti daripada analisis PCA-MLR untuk MBAS dalam sampel zarahan halus
di Kuala Lumpur, yang didominasi oleh kenderaan bermotor, diikuti oleh debu
tanah/jalan dan semburan laut. Bagi MBAS dalam zarahan kasar, pembakaran
biojisimlsemburan laut adalah sumber dominan diikuti oleh kenderaan bermotor/debu
jalan dan bahan binaan. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa surfaktan
anionik sebagai MBAS mempunyai korelasi positif dengan NOx (p < 0.01) dan SOz (p
< 0.01), serta korelasi negatif dengan 03 (p < 0.01). Bagi analisis surfaktan dari
pelbagai sumber yang mungkin, jelaga dari ekstrak ekzos kenderaan diesel
mencatatkan nilai yang paling tinggi dengan purata kepekatan 1.41 ± 0.09 ug g-l bagi
MBAS dan 0.32 ± 0.06 ug g-l bagi DBAS. Bagi sifat-sifat surfaktan pula, jelas
rnenunjukkan bahawa tegangan permukaan berkurang apabila kepekatan surfaktan
meningkat. Kesan pendedahan terhadap sinar ultra lembayung dan ozon juga
rnenunjukkan penurunan kepekatan surfaktan yang ketara. Keseluruhannya, hasil
kajian rnernbuktikan bahawa surfaktan di kawasan bandar dan separa bandar adalah
didominasi oleh surnber antropogenik khususnya kesan kenderaan bermotor dan
kepadatan trafik. Pengurusan pelepasan kenderaan bermotor yang boleh menyurnbang
kepada jumlah surfaktan yang tinggi di kawasan bandar perlu dipertimbangkan semula
bagi mernbangunkan persekitaran bandar yang lebih baik pada masa depan. |
|---|