Model hierarki kefungsian dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar bandar di Malaysia: Bukti dari Daerah Batang Padang
Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar ban...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/767/ http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/767/1/MODEL%20HIERARKI%20KEFUNGSIAN%20DAN%20PUSAT%20PERTUMBUHAN%20SEBAGAI%20ASAS%20BAGI%20MERANCANG%20KAWASAN%20LUAR%20BANDAR%20DI%20MALAYSIA%20BUKTI%20DARI%20DAERAH%20BATANG%20PADANG.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir
semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan
pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar
bandar di Malaysia turut terheret ke dalam proses perubahan tersebut adalah suatu isu yang menarik untuk
dibincangkan. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kesesuaian untuk menerapkan konsep hierarki
kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan bagi merancang pembangunan daerah Batang
Padang. Menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian yang intensif di lapangan, analisis
petempatan pusat telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa dari segi penduduk, pada masa ini
pola hierarki petempatan di daerah ini cenderung untuk tidak seimbang. Namun apabila analisis kefungsian
diterapkan ke atas petempatan di daerah tersebut, hasilnya cenderung untuk menunjukkan pola yang
berbeza. Pola hierarki kefungsian petempatan pusat di daerah ini diungguli oleh bandar Tanjong Malim
diikuti oleh bandar Bidor dan Tapah. Perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Tanjong Malim
sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah Tahap Kedua dialam konteks Zon Perancangan Lembah
Bernam, sedang menuju sasarannya. Ini dilakukan melalui strategi pengukuhan fungsi dan peranan bandar
Tanjong Malim sebagai pusat pendidikan dan pengeluaran automatif. Hal ini menunjukkan bahawa konsep
hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan masih lagi relevan bagi perancangan
kawasan luar bandar di Malaysia. |
|---|