Pembaharuan Pada Sistem Kunci Kereta (Proton Wira)

Kajian yang dilakukan ini adalah membuat pembaharuan pada sistem kunci kereta (Proton Wira). Kajian ini juga menekankan ciri-ciri keselamatan untuk sistem kunci kereta setelah kelemahan pada sistem tersebut dapat diatasi. Pembaharuan sistem kunci ini adalah untuk mengatasi masalah kecurian kereta ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Engku Roziana , Che Engku Harun
Format: Monograph
Published: UTeM 2008
Subjects:
Online Access:http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000050711
http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000050711
http://eprints.utem.edu.my/1742/1/Pembaharuan_Pada_Sistem_Kunci_Kereta_%28Proton_Wira%29_-_Che_Engku_Roziana_bt_Che_Engku_Harun_-_TL275.C43_2008_24_Pages.pdf
http://eprints.utem.edu.my/1742/2/Pembaharuan_Pada_Sistem_Kunci_Kereta_%28Proton_Wira%29_-_Che_Engku_Roziana_bt_Che_Engku_Harun_-_TL275.C43_2008.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dilakukan ini adalah membuat pembaharuan pada sistem kunci kereta (Proton Wira). Kajian ini juga menekankan ciri-ciri keselamatan untuk sistem kunci kereta setelah kelemahan pada sistem tersebut dapat diatasi. Pembaharuan sistem kunci ini adalah untuk mengatasi masalah kecurian kereta yang semakin meningkat setiap tahun dan ianya amat membimbangkan pemilik kereta berkenaan. Mekanisme sistem kunci yang sedia ada dikaji dengan menggunakan perisian yang boleh melihat pergerakan yang berlaku dalam sistem kunci berkenaan. Kajian yang dilakukan melibatkan penggunaan perisian berbantu komputer untuk mengetahui pergerakan yang berlaku pada sistem kunci tersebut serta membuat analisis fatigue untuk mengetahui kekuatan sistem tersebut kerana sistem tersebut sentiasa bergerak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jalan penyelesaian masalah yang terdapat pada sistem kunci kereta seperti menambah komponen besi pada bahagian yang bermasalah serta membuang bahagian yang menjadi punca sistem kunci kereta boleh dibuka dengan mudah dan tidak memerlukan masa yang lama sekiranya dilakukan oleh pencuri profesional. Setelah mengetahui kelemahan yang terdapat pada sistem kunci tersebut, kaedah-kaedah penyelesaian dibincangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Komponen ditambah bagi menyelesaikan kedua-dua masalah yang dihadapi tanpa memerlukan kos atau penggunaan bahan yang banyak.