Membangunkan Dandang Tiub Air Menggunakan Bahan Bakar Pepejal Buangan

Penyelidikan terhadap bahan bakar pada dandang telah lama dilakukan oleh pengkaji, akan tetapi biasanya penyelidikan bahan bakar pada dandang melibatkan bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui seperti diesel dan gas semulajadi. Dalam kajian ini, bahan bakar yang digunakan pada dandang ini adalah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mior ShahrIl, Sulaiman
Format: Monograph
Published: UTeM 2010
Subjects:
Online Access:http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=graphicFullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000051276
http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=graphicFullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000051276
http://eprints.utem.edu.my/2508/1/Membangunkan_Dandang_Tiub_Air_Menggunakan_Bahan_Bakar_Pepejal_Buangan_24_pages.pdf
http://eprints.utem.edu.my/2508/2/Membangunkan_Dandang_Tiub_Air_Menggunakan_Bahan_Bakar_Pepejal_Buangan_-_24_pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan terhadap bahan bakar pada dandang telah lama dilakukan oleh pengkaji, akan tetapi biasanya penyelidikan bahan bakar pada dandang melibatkan bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui seperti diesel dan gas semulajadi. Dalam kajian ini, bahan bakar yang digunakan pada dandang ini adalah dari pepejal buangan iaitu tempurung kelapa bagi menggantikan bahan bakar fosil. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan bahan bakar dan mengkaji stim hasil dari rekabentuk dandang. Dua rekabentuk tiub air pada dandang dihasilkan untuk tujuan perbandingan dan kajian. Kadar pemindahan haba yang berlaku pada dandang ini turut dianalisis untuk mendapatkan kecekapan sebenar dandang yang telah direkabentuk. Rekabentuk saliran air kedalam dandang adalah penting supaya kecekapan dapat ditingkatkan dan boleh mencapai kecekapan dandang biasa. Kajian ini juga mengkaji penggunaan alat-alat sokongan yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan dandang. Alat-alat ini seperti blower dan pam air digunakan untuk dalam sistem pengaliran tersebut supaya kecekapan meningkat. Apabila sistem ini digabungkan dan dibangunkan dalam skala yang besar berkemungkinan dapat dijadikan satu alternatif untuk penghasilan tenaga di dunia pada hari ini. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa kedua-dua rekabentuk tiub air mempunyai kelebihan dan kekurangan di mana maklumat dari hasil penyelidikan ini dapat digunakan bagi menghasilkan dandang yang lebih kompleks dan berprestasi tinggi.