Kajian Kelakuan Lesu Dalam Bahan Berlogam Dengan Menggunakan Teknik NDT

Kajian ini adalah untuk menghasilkan retak lesu pada aloi aluminium 7075 dengan frekuensi berbeza. Frekuensi yang digunakan ialah 5Hz,10Hz dan 15Hz. Dua spesimen akan dihasilkan retak lesu dengan masa masing-masing 90% dan 80% daripada masa yang di ambil spesimen untuk putus mengikut frekuensi. Sebe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Amru Hasan, Tuan Yusof
Format: Monograph
Published: UTeM 2008
Subjects:
Online Access:http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000050745
http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000050745
http://eprints.utem.edu.my/3912/1/Kajian_Kelakuan_Lesu_Dalam_Bahan_Berlogam_Dengan_Menggunakan_Teknik_NDT_-_24_pages.pdf
http://eprints.utem.edu.my/3912/2/Kajian_Kelakuan_Lesu_Dalam_Bahan_Berlogam_Dengan_Menggunakan_Teknik_NDT_TA480.A6_T35_2008.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk menghasilkan retak lesu pada aloi aluminium 7075 dengan frekuensi berbeza. Frekuensi yang digunakan ialah 5Hz,10Hz dan 15Hz. Dua spesimen akan dihasilkan retak lesu dengan masa masing-masing 90% dan 80% daripada masa yang di ambil spesimen untuk putus mengikut frekuensi. Sebelum retak lesu di hasilkan, spesimen terlebih dahulu perlu di sediakan dengan mengikut piawaian (ASTM E812-91). Setelah spesimen di sediakan, ujian regangan akan dilakukan keatas satu spesimen untuk mendapatkan nilai julat elastik beban yang akan digunakan untuk ujian kelesuan. Sebanyak tiga spesimen dilakukan ujian kelesuan sehingga spesimen putus mengikut frekuensi yang di tetapkan untuk mendapatkan nilai julat kitaran dan julat masa. Setelah itu barulah penghasilan retak pada spesimen dilakukan dengan ujian kelesuan. Retak yang terhasil pada spesimen terlebih dulu di ukur panjang retaknya dengan pemeriksaan visual dengan angkup vernier. Nilai panjang retak itu direkodkan. Ujian ultrasonik di gunakan untuk mengesan dan mengukur panjang retak yang terhasil pada bahagian tengah spesimen yang mana tidak dapat di kesan dengan kaedah pemeriksaan visual.